Mat Said gagal ikut perkembangan Kerajaan Negeri Terengganu

 


Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan UMNO boleh memenangi PRU sekiranya diadakan.
W:
Boleh menang ke dato seri:
MS:
Insyallah boleh,
Rakyat maroh blake dh, dngor dok rakyat kbo mende, ada brim,ada bntuan raya, ada bntuan skolah,?
Covid ni ada bantuan,keje bnyok ke lening..
Soalan saya abang Mad tido ke?
1. BRIM memang dah digantikan dengan BSH, BPR, BPN, BKC dan jumlahnya telah ditambah berkali ganda dan lebih ramai lagi yang mendapat manfaat ini. Bukan tu sahaja, GKP sudah kali ke 3 perlaksanaannya sepanjang PN memerintah. Moratorium juga telah diberikan kepada T20 dan M40 bukan B40 sahaja.
2. Bantuan raya walaupun tidak diberikan, tetapi telah disalurkan kepada semua dun untuk diagihkan dalam bentuk bantuan Covid kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan PAS Terengganu juga dalam BERKAT 3.0 telah mengagihkan sejumlah 20,000 kepada setiap DUN dan pemotongan gaji EXCO selama sebulan.
3. Kerajaan PAS Terengganu semenjak mengambil alih pemerintahan pada tahun 2018 tanpa gagal memberikan bantuan persekolahan berbentuk keperluan kepada para pelajar dan ianya terus berjalan pada tahun ini.
4. Mengikut data statistik yang dikeluarkan oleh THRDC, sebanyak 17,103 pekerjaan yang ditawarkan majikan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
5. Untuk peringatan dan sebagai maklumat tambahan kepada semua yang membaca, kerajaan PAS Terengganu adalah kerajaan yang pertama dalam sejarah Malaysia mengagihkan sumbangan kepada ADUN bukan kerajaan sebanyak 250,000 setahun dan alhamdulillah usaha ini diikuti oleh kerajaan PN hari ini dengan memberikan juga bantuan Covid-19 kepada MP pembangkang. Dalam PN ada PAS tau..
Saya mohon untuk Pengerusi Perhubungan UMNO untuk banyakkan membaca dan kurangkan tidur serta jangan sentiasa bermusuhan. Terima kekalahan dan perbaiki diri bukan terus mengkritik kerajaan tanpa usul periksa.
MIS
17 Julai 2021

Comments