UMNO TERENGGANU SAH SAKAU


 

Oleh: Dato Talahah

Masih ingat dengan kisah KETENGAH yang saya ceritakan dulu?

Kisah itu kini semakin terbongkar, bukan lagi khabar angin, tetapi sudah melalui siasatan SPRM dan disahkan benar berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian tanah pertanian di Kajang, Selangor.
Segalanya bermula apabila KETENGAH HOLDING meluluskan pembelian sebidang tanah pertanian di Kajang dengan harga mengejutkan, RM35 juta, sedangkan nilaian semasa tanah itu hanya sekitar RM12 juta menurut penilai rasmi.
Lebih parah, terdapat pula caj sampingan yang mencurigakan:
Yuran pengurusan: RM10 juta
Fee Real Estate: RM5 juta

Pembelian ini dilakukan tanpa sebarang kelulusan rasmi daripada pihak berautoriti, satu tindakan yang jelas melanggar prosedur dan memperlihatkan seolah-olah wujud 'jalan pintas' untuk meluluskan transaksi bernilai puluhan juta ringgit.
Hasil siasatan SPRM kemudian mengesahkan bahawa memang wujud salah laku dan pelanggaran dalam urusan tersebut.
Tindakan menggantung Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KETENGAH HOLDING telah pun diambil terhadap beberapa individu penting antaranya :
1. Dato’ Nik Dir Nik Wan Ku - Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu
2. Armi Irzan Mohd – Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu
3. Zurina Abd Rahman – Ketua Wanita UMNO Hulu Terengganu
4. Nur Izati Mohd Nadzir – Ketua Puteri UMNO Terengganu
Penggantungan ini membuktikan bahawa kes ini bukan main-main, dan melibatkan pimpinan tertinggi UMNO Terengganu yang masih berselera besar walaupun bukan lagi kerajaan negeri.
Ironinya, meskipun UMNO kini berada di bangku pembangkang di Terengganu, gaya ‘sakau’ dan kerakusan terhadap aset rakyat masih berterusan, seolah-olah kedudukan dalam GLC dijadikan 'port selesa' untuk melunaskan agenda tertentu.
Rakyat kini menanti tindakan tegas seterusnya, bukan sekadar siasatan dan penggantungan, tetapi pendakwaan dan pengembalian semula hak rakyat.
Kerana jika salah laku seperti ini dibiarkan, ia hanya mengesahkan satu hakikat 'Jadi pembangkang pun, UMNO Terengganu masih kuat sakau'.


Comments