Duyong Marina dan Hotel Tasik Kenyir, di pulihkan dari najis tinggalan UMNO

 

Oleh : Dato' Talahah

Duyong Marina dan Hotel Tasik Kenyir.
Kedua-dua tempat ini saya dah sampai dan bertanya 'direct' kepada yang pihak bertanggungjawab memulihkan dua 'najis' tinggalan UMNO ini.
Ini contoh dua projek yang saya boleh katakan gagal akibat pengurusan 'low class' Kerajaan Terengganu di bawah UMNO.
Duit minyak dapat berpuluh bilion, tapi tak reti urus.
Projek lain seperti Stadium Bola Sultan Mizan, Taman Ilmu, Kompleks Akuatik dan lain-lain sudah diketahui umum gagal.
Hotel Tasik Kenyir dan Duyong Marina ini kurang diketahui orang kerana 'nampak dah siap' dan 'boleh guna'.
Tapi hakikatnya ia cukup perit untuk ditanggung, umpama biawak hidup. Orang kata elok tak ada, dari ada.
Mana tak nya, ada dua ni, ia mendatangkan kerugian besar kepada kewangan negeri.
Semuanya kerana projek pakat main buat, tak fikir panjang, tak ada future planning, tak ada tu, tak ada ni. Semua tak ada!
Bila siap, hotel tak boleh guna sebab tiada kelulusan menduduki, tiada operator yang nak operate hotel ni kerana bilik kecil, dapur kecil, lif sikit dan lain-lain masalah.
Duyong Marina pula dibina semata-mata untuk pelayar dan pelancong luar. Kemudian bina dewan boleh muat 400-800 orang, tapi bilik tidur tak sampai 100, siapa yang nak buat program kat situ kalau tak ada bilik tidur cukup untuk peserta?
Ibarat kata kamu ada 10 orang anak, kemudian kamu buat rumah boleh muat kamu seorang, kamu rasa 9 orang lagi tu nak stay dengan kamu atau mereka blah?
Inilah pemikiran 3 suku yang ada pada pemimpin dulu.
Akibatnya kerugian pada wang rakyat, hutang bertambah, kerajaan semasa perlu menanggung beban yang bukan sedikit, ditambah lagi dengan sekatan royalti.
Lagi memalukan, apabila kerajaan semasa cari jalan nak selesaikan masalah ini, kamu tuduh mereka gagal, walhal kamu yang sebenarnya gagal dan cuba menutup kegagalan kamu.
Sebab itu saya kata, pemimpin utama UMNO diam je bab ni pasal mereka tahu apa kerosakkan yang mereka buat, yang bising hanya budak hingusan tak tahu apa-apa cuba menjadi hero kononnya.
Nasihat saya, buat kerja lain lah, lagi banyak kamu cakap, lagi banyak kena atas muka kamu.

Comments