Semalam ambe sudah nyatakan tentang tanah-tanah yang telah dirampas oleh BN selepas tahun 2004, sedang diusahakan oleh kerajaan untuk dikembalikan.
Hampir 50% yang sudah dikembalikan kepada rakyat.
Hari ini ambe nak cerita pasal tanah lot tapak rumah. Yang kerajaan negeri nak berikan kepada rakyat yang berusia 21 tahun yang layak.
Di Terengganu ada 58 ribu permohonan tanah lot. Ini data sehingga November 2020. Dari permohonan tersebut sebanyak 44 ribu bersamaan 76% telah disemak dan ditapis.
Hasilnya sebanyak 11 ribu lot tanah yang telah diluluskan untuk rakyat Terengganu. Suatu jumlah yang cukup besar. 11 ribu lot telah diberikan.
Semalam ambe cerita pasal 4 ribu tanah terkilan telah diberikan, malam ini cerita pasal 11 ribu tanah lot tapak rumah diberikan.
Moga dapat menjawab persoalan yang terbuku dihati dan sanubari semua.
Ghazali Abdullah
Marang, Terengganu

Comments
Post a Comment