Mengikut rekod sebanyak 12, 946 lot tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS pada tahun 1999-2004 telah 'dirampas' oleh kerajaan BN apabila mereka memerintah Terengganu.
Bahkan kita boleh ingat lagi peristiwa perobohan Masjid Bujal dan rumah-rumah orang kampung. Masih segar dalam ingatan semua rakyat Terengganu.
Pada ketika ini PAS kembali tadbir Terengganu. Tanah yang dirampas mahu dikembalikan setelah lebih 14 tahun.
Malangnya, dari 12 ribu penerima asal hanya 8 ribu sahaja yang memohon balik, banyak yang tidak dimohon kerana sebab utama pemohon telah meninggal dunia.
Kini daripada 8 ribu lot tanah tersebut. Sebanyak 4 ribu lot tanah telah dikembalikan atas nama tanah terkilan. Hampir 50% telah diselesaikan.
Pengembalian ini mengambil sedikit masa kerana tanah yang asal kebanyakkannya sudah dimiliki oleh orang lain, samada dibangunkan dan sebagainya.
Kerajaan juga telah menetapkan bayaran premium tanah mengikut harga pada tahun 2004. Jika sekarang satu lot RM100,000 jadi premium sepatutnya adalah RM10,000.
Oleh kerana ikut harga tahun 2004, contoh harga tanah RM 25,000 se lot maka, premium yang perlu dibayar oleh mereka yang dirampas tanah ini hanyalah RM2,500.
Berita terkini dan sensasi dari Terengganu.
Ghazali Abdullah
Marang, Terengganu.

Comments
Post a Comment