Oleh : Dato' Talahah
Sebenarnya saya tak berhasrat nak ulas panjang kerana kenaikan ini berlaku di seluruh Malaysia selepas diluluskan SPAN bawah kerajaan Pusat. Kalau saya ulas lebih-lebih, orang mungkin salah faham kononnya Terengganu sahaja yang naik. Lagi pun, ramai rakyat Terengganu sudah faham isu ini dan boleh jawab dengan baik.
Namun kerana ada yang tetap minta penjelasan, saya raikan. Tambahan pula, saya tengok ada page bawah UMNO Terengganu yang ditulis dengan cara sangat membodohkan rakyat, kerana upah beratus ribu sebulan habis benda mereka auta.
Page UMNO itu tunjuk contoh penggunaan 50m³ air dan kata bil air Terengganu bukan terendah Inilah saya kata pembodohan dan mereka sendiri tak faham.
Pengiraan bil air ada 3 blok:
1. 0–20m³
2. 20–35m³
3. Lebih 35m³
1m³ = 1,000 liter air
Purata penggunaan individu di Terengganu, 239 liter sehari. Purata isi rumah 4.1 orang, jadi penggunaan satu keluarga 29.4m³ sebulan. Ini data DOSM dan SPAN di bawah Kerajaan Persekutuan.
Maknanya, majoriti isi rumah Terengganu hanya berada dalam blok 1 & blok 2 (0–35m³), tak sampai 50m³ (50,000 liter) seperti cuba diputar oleh page UMNO itu.
Kita tengok perbandingan tarif air pula,
Blok 1 (0–20m³): Terengganu RM0.66 (ketiga tercorot). Johor RM1.05 (tertinggi), Melaka RM0.94 (kedua).
Blok 2 (20–35m³): Johor juga tertinggi, kedua Melaka.
Blok 3 (>35m³): Selangor tertinggi, kedua Johor, ketiga Melaka.
Rumusannya, air di negeri bawah UMNO lebih mahal, walaupun mereka sering mendabik dada konon negeri mereka kaya dan membangun. Terengganu pula beri 20m³ percuma setiap bulan kepada B40, masjid dan surau.
Inilah yang saya 'cannot brain' dengan budak UMNO Terengganu ni, otak mereka lain macam. Tak hairanlah dulu bila buat projek, banyak bangunan runtuh dan terbiar, projek pelik macam bas dua alam tak boleh pakai, urus GLC pun selalu rugi.
Satu lagi fakta, setakat Januari 2025, Terengganu termasuk dalam 5 negeri dengan kadar kehilangan air (NRW) tertinggi.
Puncanya paip usang lebih 60 tahun peninggalan zaman UMNO yang mereka tak ganti. Bila paip bocor, air banyak hilang, duit pun rugi hingga juta-juta. Sekarang negeri terpaksa tanggung kos tukar paip, sedangkan dulu Persekutuan yang urus.
Ok, Itu sahaja perkongsian saya. Realitinya, tarif air di negeri UMNO jauh lebih mahal walaupun dikatakan negeri kaya.

Comments
Post a Comment