Oleh: Kuasa Rakyat
Hari ni PM10 dan kerajaan PH-BN akan potong subsidi satu demi satu. Dah berlaku pun untuk ayam dan diesel. Harga minyak dijanjikan turun 24 jam selepas angkat sumpah GAGAL ditunaikan.
Formula Rafizi untuk turunkan harga minyak RON95 juga GAGAL direalisasikan.
Peliknya HUTANG NEGARA terus bertambah. Hutang bon dah bertambah RM59 bilion. Hutang bon yang belum dibayar sudah menjadi RM166 bilion. Kerajaan PH-BN menambah HUTANG untuk siapa? Rakyat tak rasa. Zaman PM2 terdahulu, termasuk pada zaman Covid19, rakyat boleh rasa pembelaan terhadap mereka. Bantuan banyak. Harga barang tak melambung setinggi sekarang. Kos sara hidup tak tinggi seperti sekarang. Cukai hanya 6%. Tiada cukai2 baru macam sekarang. Bil letrik tidak melambung tinggi macam sekarang. Kerajaan PHBN berhutang untuk senangkan siapa?
Setakat ini yang kita nampak rakyat tidak hidup senang, peniaga kecil Melayu juga hidup tak senang. Begitu juga penjawat awam. Siapa yang senang dan mewah zaman PH-BN ni?
Yang kita nampak yang senang dan mewah hanya kartel-kartel, taikun-taikun, towkey judi, Farhash, Zahid dan para kroni dan kerabat.
Dalam keadaan rakyat susah dan negara parah menambah hutang, kita dimaklumkan pula syarikat kroni mendapat kontrak bernilai hampir RM200 juta. Nilai sebenar untuk 3 tahun dikatakan hanya RM82 juta. Tapi selepas kroni diberitakan membeli jutaan saham, rakyat mempersoalkan kenapa harga kontrak ini sudah menjadi RM190 juta sedangkan skop kerjanya sama. Dah la kontrak ini tidak dilaksanakan secara TENDER TERBUKA.
Siapa yang mewah pada zaman Anwar Ibrahim memerintah sebenarnya?
Potong subsidi rakyat untuk apa? Adakah untuk sakau sakau sakau seperti yang Rafizi dakwa?
Comments
Post a Comment