MAHB, Penjaga Pintu Masuk Negara.

 


Oleh: Syahir Sulaiman

Setiap rumah ada pintu, dan setiap pintu ada kuncinya. Supaya tidak mudah-mudah orang asing masuk ke rumah kita, kunci hendaklah sentiasa di tangan kita.
1. MAHB adalah pengendali tunggal 39 lapangan terbang seluruh negara, pintu keluar masuk negara. Untung ratusan juta, konsesi puluhan tahun, aset sangat strategik, operasi diiktiraf bertaraf dunia.
2. MAHB bukan syarikat yang rugi, apatah lagi bermasalah. Bagi tahun kewangan 2023, keuntungan MAHB berjumlah RM543 juta dengan tunai di dalam akaun sebanyak RM1.845 bilion. Pencapaian pasca pandemik yang luar biasa.
3. Di rantau ASEAN, aset logistik menjadi buruan kuasa besar dunia, pelabuhan mahupun lapangan terbang. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik, pemilikan lapangan terbang mempunyai nilai geopolitik & kedaulatan ekonomi (economic sovereignty) yang amat tinggi.
4. Justeru tiada sebab mengapa perlu dijual 30% pemilikan MAHB kepada pihak asing. Apatah lagi yang dipelawa itu adalah pihak asing (pemodal US & sekutunya Israel durjana) yang sudah terang lagi bersuluh hasad & jahatnya terhadap saudara kita di kejauhan sana, pejuang Palestina.
5. Menyahut bantahan rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, dan terbaru kebimbangan Tun Dr Mahathir berhubung penjualan MAHB ini, seperti ada udang di sebalik batu, seharusnya kita berhati-hati dengan pihak asing yang sedang berdiri di sebalik pintu.
6. Benar hari ini kita adalah tuan rumah, mereka hanya dipelawa menjadi ‘penjaga pintu’. Namun nasib kita sebagai tuan rumah di kemudian hari, tiada siapa yang tahu.
7. Tanyalah saudara kita di kejauhan sana, mereka lebih mengerti.
8. Teramat jelas, dasar pelaburan di zaman Ekonomi Madani terlalu longgar, tidak strategik, tidak patriotik, dan lebih malang bersifat hipokrit.
9. Permintaan kami, HENTIKAN penjualan 30% MAHB; biarkan kekal dimiliki ekuiti tempatan, dibiayai dana tempatan, diurus anak tempatan, diwarisi anak watan.
Setiap rumah ada tuannya.
Setiap rumah ada pintunya.
Selamatkan Malaysia!

Comments