SELAMA 1 TAHUN RAKYAT TIDAK PUAS HATI PRESTASI KERAJAAN MADANI

 


Oleh: Razak Bidin

Pengkaji bebas telah menjatuhkan maruah Anwar.
Pertama, Merdeka Centre melaporkan 78 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu ekonomi.
"60 peratus rakyat berpandangan negara menuju ke lembah kebinasaan"
Kedua, TSIS memaklumkan hasil kajian mereka mendapati 62 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar.
"Sebaliknya kira-kira 70 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menjadi calon PAS di Kemaman"
Rakyat lebih suka gaya kepimpinan Dr Sam dalam mengurus kerajaan berbanding Anwar.
Rakyat lebih percaya Dr Sam dalam mengurus ekonomi dan kebajikan rakyat.
Satu tamparan dan penghinaan terbesar kepada Anwar.
Ketiga, agensi media luar negara Bloomberg berpendapat Anwar gagal melakukan reformasi.
"Tak berjaya kurangkan hutang dan tak berjaya naikkan hasil negara. Prestasi Ringgit antara paling teruk bagi negara-negara membangun Asia
"Prestasi Bursa Malaysia antara paling teruk di dunia"
Jadi saya berpendapat, undi calon BN di Kemaman bermakna anda menempah kebinasaan dan mahu negara terus malap di bawah Anwar Zahid.

Comments