MAHKAMAH LEPASKAN ZAHID?

 


Walanon tak faham fakta kes dan sebar FITNAH menggunakan nama Tuan Ibrahim Tuan Man, kononnya ia keputusan mahkamah.

https:/www.facebook.com/story.php?story_fbid=6862356737162551&id=100001648790666&mibextid=Nif5oz

HAKIKATNYA BUKAN MAHKAMAH yang LEPASKAN Zahid. Kes ini tak sama mcm kes TS Muhyiddin. Kes Zahid ada PRIMA FACIE.  Kes Zahid ni - KERAJAAN MELALUI PEGUAM NEGARA YANG TARIK DIRI DARIPADA TERUS MENDAKWA DAN MEMOHON MAHKAMAH UNTUK TIDAK TERUS MEMBICARAKAN ZAHID.

Walanon mana faham ini semua.

Dalam kes TS Muhyiddin, hakim siap tanya pendakwaraya, apa kesalahan yang TSMY lakukan. TIADA KERAGUAN kenapa TSMY dibebaskan kerana kes TSMY langsung tak sama dengan kes rasuah Tengku Adnan, Zahid dan SRC.

Logik dan masuk akal apabila hakim tanya apa kesalahan TSMY dan bebaskan TSMY sebab:-

1. Pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dengan keputusan projek berkaitan bukan TSMY, tetapi Menteri Kewangan, iaitu Tengku Zafrul.

Berbeza dengan kes Visa China Zahid, di mana ketika itu dia adalah Menteri Dalam Negeri dan Yayasan Akal Budi yang di bawah kuasa dan dimiliki Zahid. Ia juga tak sama dengan kes SRC dan kes RASUAH RM1 juta dan kes RASUAH RM2 juta Tengku Adnan, di mana ketika itu dia adalah Menteri Wilayah Persekutuan.

2. Sumbangan yang diberikan TIDAK DIBERIKAN KEPADA TSMY ATAU TIDAK MASUK AKAUN PERIBADI TSMY, sebaliknya ia merupakan DANA POLITIK yang dimasukkan ke dalam AKAUN PARTI POLITIK.

Berbeza dengan kes Zahid, di mana wang didakwa diberikan terus secara peribadi, dan wang sumbangan masuk ke dalam akaun Yayasan Akal Budi yang dimiliki Zahid. Tidak sama juga dengan kes SRC, kerana masuk akaun peribadi. Tak sama juga dengan kes RASUAH RM1 juta Tengku Adnan, di mana wang masuk ke dalam akaun peribadi dan kes RASUAH RM2 juta Tengku Adnan, di mana duit masuk ke dalam akaun syarikat yang dimiliki Tengku Adnan.

Dalam kes TSMY, mahkamah bebaskan TSMY.

Dalam kes Zahid dan Tengku Adnan- Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara dan pendakwa, TIDAK MAHU MENERUSKAN PENDAKWAAN dan MINTA MAHKAMAH UNTUK TIDAK MENERUSKAN PERBICARAAN ORANG KENA TUDUH (OKT) DAN MINTA MAHKAMAH MELEPASKAN OKT.

Rasanya tak lah susah sangat nak faham... tapi saya tidak expect walanon faham kerana walanon BERFIKIR MENGGUNAKAN LOBAK DAN MEMANG ADA PENYAKIT KEBEBALAN TANPA BATASAN...

Video di bawah menceritakan perbezaan antara kes TSMY dan mereka yang Pakatan Harapan gelar sebagai PENYAMUN DALAM UMNO.


Comments