KALAU MUHYIDDIN YASSIN BOLEH BEBAS KES, KENAPA TIDAK ZAHID HAMIDI ?


Saya bagi perumpamaan dan contoh, mencuri ayam. Muhyiddin dan Zahid Hamidi ini dituduh mencuri ayam.  (ini contoh sahaja) Bacaaan

 1. Untuk kes Zahid Hamidi dituduh curi ayam, kes TELAH DIBICARA DI MAHKAMAH dan di status prima facie.

 Maksud Prima Facie ini, pendakwaraya dah  berjaya buktikan elemen-elemen penting kes di mahkamah dan wujud kes kecurian ayam melibatkan Zahid Hamidi.

Contohnya,

Bukti 1 : Ketika tangkapan, pendakwaraya berjaya buktikan ayam yang dicuri itu memang ada dengan Zahid Hamidi . Dia pegang ayam ketika tangkapan dibuat.

Bukti 2 : Pendakwaraya berjaya buktikan kepada mahkamah, ada bukti rakaman Zahid Hamidi curi-curi masuk reban ayam, dan curi ayam tersebut.

Bukti 3 : Pendakwaraya berjaya buktikan, ada saksi-saksi yang melihat Zahid Hamidi mencuri ayam tersebut pada 10.03 malam, 21 Ogos 2015, pakai kereta apa, baju apa. Saksi saksi ini pula, tak berbelit. (Contohnya, seorang cakap pakai baju kuning. Seorang lagi pun cakap baju kuning)

Apabila pendakwaraya mampu buktikan semua  bukti tersebut, itulah maksudnya dah berjaya ke tahap PRIMA FACIE.

Maka, Zahid Hamidi perlu ke status PEMBELAAN DIRI . Contohnya,

Bukti 1 :  Zahid kena buktikan ayam yang ada di rumah dia itu, bukan dia yang bawa. Ada orang lain bawa dan beri kepada dia.

Bukti 2 : Zahid kena buktikan rakaman curi ayam itu palsu, diedit. Bukan yang betul.

Bukti 3 : Zahid kena buktikan saksi itu tak bercakap benar. Contohnya, waktu 10.03 malam, 21 Ogos 2015 itu, dia ada di Korea bersama keluarga. Ada tiket dia pergi ke Korea dan bukti dia ada di Korea.

Tapi sekarang, Zahid belum berjaya buktikan semua bukti yang dibawa oleh pendakwaraya itu tak valid.

Tapi belum buktikan bukti itu tak valid, dia sudah dibebaskan kes ?

Kes Muhyiddin Yassin dituduh curi ayam pula.

BICARA KES MUHYIDDIN DI MAHKAMAH PUN TAK DIMULAKAN lagi sebab tiada bukti-bukti yang mengukuhkan pendakwaan.

Pendakwaraya tiada bukti kukuh, contohnya.

1. Ayam yang dituduh dicuri itu, tiada dengan Muhyiddin. Tak dipegang oleh dia. (Kalau pendakwaraya cuma tuduh Muhyiddin curi ayam sebab ayam itu dipegang oleh kawan dia, maka, masih tak valid Muhyiddin curi ayam tersebut kecuali ada bukti sebaliknya.)

2. Tiada bukti rakaman yang membuktikan Muhyiddin curi ayam tersebut.

3. Pendakwaraya tiada saksi yang melihat kejadian kecurian ayam melibatkan Muhyiddin Yassin. (Kalau ada saksi, tapi Muhyiddin boleh buktikan balik, contoh, ketika kejadian, jelas dia ada di Australia, maka saksi itu tak valid.)

Kesimpulannya, pendakwaan terhadap Muhyiddin dari awal lagi cacat. Tiada bukti kukuh

BICARA KES TAK START lagi.

Paling penting, dia dibebas kes ketika Muhyiddin Yassin tiada kuasa dan bukan Perdana Menteri.

Berbeza dengan Zahid Hamidi, kesnya SUDAH HABIS BICARA, di peringkat PRIMA FACIE dan dia dibebas ketika dia jadi TPM.

Sekarang, melalui perumpamaan saya jelaskan ini, pentaksub Zahid Hamidi dah faham tak apa itu peringkat PRIMA FACIE ?

Dah faham tak AJAIBNYA KES jika boleh bebas di peringkat PRIMA FACIE  ?

Perumpamaan di atas, rasanya cukup memahamkan orang-orang yang cerdik.

Kalau orang bod*h, taksub politik, biarkan lah .


Comments