UMNO rampas tanah milik rakyat untuk kepentingan parti sahaja

 


Oleh : Ali Mamat

Tanah ini terletak di tengah tengah Pekan Kuala Berang, sebelah kiri dari pekan Ajil bertentangan dengan pejabat JPS.

Sekitar tahun 70an tapak tanah ini telah didirikan kuaters kakitangan Jabatan Pertaniah Hulu Terengganu. Ada beberapa blok teres kediaman diatas tanah tersebut. Sehingga tahun 2016 kuaters masih dihuni oleh kakitangan Jabatan Pertanian Hulu Terengganu. Namun begitu pada april 2017 tanah 11754 meter persegi bersamaan 2.904 ekar ini telah berpindah kepada umno cawangan kg Rahmat dalam bahagian Hulu Terengganu bersekali dengan bangunan kuaters yang sedia ada.

Mengikut rekod carian persendirian yang dibuat di Pejabat Tanah dan Galian negeri Terengganu( salinan disertakan)

Rekod dan butiran tanahnya adalah seperti berikut:-

Jenis Hakmilik : Pajakan Negeri

No Hakmilik : PN11930

No lot : 54369

Mukim : Kuala Berang

Daerah : Hulu Terengganu

Keluasan : 11754 meter persegi.

No Pelan Akui : PA 237144

Pemilik : Umno cawangan Kg Rahmat, Hulu Terengganu.

Umno sangat rakus dalam kes ini. Bangunan yang dibina untuk kemudahan kediaman kakitangan Jabatan Pertanian telah disakau dengan penuh selera dan sehingga kini kuaters tersebut belum berganti.

Walaupun ada dakwaan bahawa disitu ada surau dan kelas mengaji, ye bagus kerja kerja tersebut, tetapi wajarkan umno sakau bangunan kerajaan untuk tujuan itu, kenapa umno tidak buat bagunan sendiri dgn duit sendiri untuk tujuan itu. Juga kononnya ada kemudahan bilik mesyuarat, ye bilik mesyuarat itu untuk siapa? bilik mesyuarat itu untuk aktiviti umno. Sakau lagi.

Kononnya ada disitu kemudahan Gym, betul itu bukan kemudah bang, itu perniagaan dan sewanya disakau kedalam kantung umno.

Tambah lagi kononnya ada dewan kegunaan majlis kahwin dan program Jabatan. Bang itu semua bukan free, semuanya dikutip sewa yang masuk kepada umno. Ada ke patut Jabatan kerajaan sewa bangunan yang asalnya dibina kerajaan dan pitis sewaan masuk kepada akaun umno.  Mungkin ada yang 'paksa' pejabat kerajaan sewa di bangunan tersebut. Licik ye umno berniaga.

Paling kejam sekali ada kakitangan Jabatan Pertanian yang tinggal disitu telah dihalau ketika hskmilik bdrtukar tangan kepada umno.

Sungguh Kejam.

Dimaklumkan juga selain dari bangunan kuaters Jabatan pertanian ini, ada beberapa lot lagi yang cara rampasan dibuat, dimana tanah yang telah didirikan bangunan oleh kerajaan telah dirampas sedemikian, juga di Hulu Terengganu.

Kalau ada ruang kita akan kumpulkan maklumatnya nanti.

Inilah umno, kalau dibiarkan berterusan silap haribulan tapak wisma Darul Iman pun dipindah kepada nama umno.

Nok harap ke umno lagi ke ?

Sudah sudah lah weh

lok koho punoh negeri kita ni.

Comments