2013: Dalam satu rakaman video, penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin menyatakan institusi beraja akan terkubur menjelang 2030 dan bahawa Malaysia akan menjadi negara repulik. Antara kandungan video terbabit adalah perancangan agar rakyat mula menyamakan panggilan ‘Sultan’ dengan ‘setan’.
2 September 2014: Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor
terus berlanjutan berikutan titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah agar sekurang-kurangnya dua nama dipersembahkan untuk jawatan itu
tidak diendahkan oleh PKR & DAP.
8 September 2014: Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita
terhadap DAP dan PKR yang ingkar dan gagal mengemukakan lebih dua nama calon
Menteri Besar seperti yang dititahkan. Setiausaha Sulit baginda menyifatkan
tindakan dua parti itu sebagai biadab kepada Institusi Raja dan satu perbuatan
derhaka terhadap titah baginda Tuanku.
10 September 2014: Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan di
bawah Akta Hasutan kerana menghina Institusi Raja. Penahanan beliau dikutuk
Pemuda PKR.
28 September 2017: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
melantik Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawab
menjelaskan dasar Islam negeri itu. Wan Ji sebelum ini dikenali dengan video
yang memaparkannya menjelaskan rancangan menghapuskan sistem beraja di
Malaysia.
6 Mac 2018: Lim Kit Siang memperlekeh dan menghina titah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau menyifatkan titah baginda
sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
9 Julai 2019: Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dihukum
penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan
hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan
menghina terhadap Sultan Selangor.
19 Mei 2020: Pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Kuala Langat,
Dr. Xavier Jayakumar disifatkan menghina Institusi Diraja apabila melabelkan
Sidang Parlimen sebagai ‘sampah’.
4 Ogos 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Tras, Chow Yu Hui
mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi pada papan tanda
perniagaan. Ketetapan tersebut dibuat selari dengan titah perintah Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah yang mahu memartabatkan penggunaan tulisan
jawi dalam negeri ini.
21 Oktober 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Sungai Pelek, Ronnie
Liu menulis hantaran Facebook berbaur hasutan agar rakyat menentang sistem
beraja seperti yang sedang berlaku di Thailand ketika itu.
24 April 2021: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Charles
Santiago menulis hantaran Facebook bersolidariti dengan artis, Fahmi Reza yang
ditahan kerana menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah.
Mei 2021: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni
mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan dan penghinaan kepada Yang di-Pertuan
Agong dalam satu video secara langsung.
25 Mei 2021: Pemimpin PKR dan ADUN Kota Anggerik, Najwan
Halimi menulis hantaran Twitter berbunyi, “Qu'ils mangent de la brioche”
(biarkan mereka makan kek) untuk mempersenda Raja Permaisuri Agong Tunku
Azizah. Ayat tersebut sinonim dengan Revolusi Perancis yang menggulingkan
sistem beraja Perancis pada 1789.
RUJUKAN:
1.
haas sas. (2013, 27 Jun). [TERGEMPAR] Ust Wan Ji
Hapuskan Sistem Sultan [Fail video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=qWwVVlAuZ9c
2.
2. Parzi, M.N. (2014, 2 September). Krisis
Selangor: PKR dan DAP tetap mahu Wan Azizah calon tunggal. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2014/09/4100/krisis-selangor-pkr-dan-dap-tetap-mahu-wan-azizah-calon-tunggal?
3. 3. Sultan Selangor dukacita DAP, PKR gagal kemuka lebih dua nama calon MB. (2014, 8 September). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2014/09/5090/sultan-selangor-dukacita-dap-pkr-gagal-kemuka-lebih-dua-nama-calon-mb?
4.
Ngah, N., Mohd Pilus, F.A., et. Al. (2018, 6
Mac). 'Kit Siang bersikap biadap, perlekeh titah Agong'. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/396438/kit-siang-bersikap-biadap-perlekeh-titah-agong?
Comments
Post a Comment