KENYATAAN RASIS DAN FITNAH! PEMUDA PN KERAHKAN LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA

 


8 Julai 2023 | 19 Zulhijjah 1444H
1. Hipokrit! Itu sahaja perkataan yang layak untuk diletakkan kepada para pemimpin Kerajaan Perpaduan apabila kononnya lantang mengecam isu 3R (Royal, Religion, Racist) termasuk satu lagi R iaitu Region, tetapi kenyataan berkaitan 4R inilah yang apabila dilaung oleh para pemimpin Kerajaan Perpaduan melalui Pakatan Harapan, mereka sendu seribu bahasa!
2. Terkini, Pemuda Perikatan Nasional dimaklum suatu ucapan yang sangat biadap, kononnya untuk menakutkan pengundi bangsa Cina oleh Lim Guang Eng dengan menyatakan PN akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang!

3. Kenyataan ini adalah kemuncak kepada provokasi kaum yang bakal memusnahkan kedamaian dan perpaduan rakyat Malaysia hanya semata-mata takut melihat penolakan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang penuh penipuan, manipulasi dan kegagalan yang berturut-turut selama 7 bulan pemerintahan yang gagal ini.
4. Pemuda PN mengecam keras terhadap kenyataan terkutuk ini dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan besar demi menutup kegagalan mereka mentadbir negara. Para menteri yang sebelum ini sibuk memberi amaran akan bertindak jika isu ini dibangkitkan, nah sekarang apa tindakan?
5. Laporan polis akan dilakukan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap sikap perkauman pemimpin DAP ini. Pengarahan ini untuk seluruh jentera Pemuda PN di seluruh negara!
Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional

Comments