BOM JANGKA KE2: SENTIMEN 5K BOLEH LETUPKAN BOM JANGKA KE2 SEMASA PRN 6 NEGERI


 
K pertama - Khianat. Sejak selepas PRU15, pengundi PH dan pengundi BN telah dikhianati. Pengundi PH undi PH sebab tak nak Zahid, tak nak penyamun, tak nak parti penyamun, mahu dalang kes LCS dipenjarakan. Pengundi BN pula undi BN sebab tak mahu Anwar dan Dap. Malangnya mereka dikhianati.

K kedua - Kelentong. Pengundi telah ditipu. Apa yang dijanjikan, tidak ditunaikan. Misalnya, janji PM tidak memegang jawatan Menteri Kewangan telah dimungkiri. Janji 'macam mana harga minyak nak turun, saya belum PM lagi," dah beribu2 jam selepas 24 jam angkat  sumpah pun, janji masih belum ditunaikan. Banyak lagi janji2 yg tidak ditunaikan dan penipuan sentiasa dilakukan oleh pemimpin kerajaan.

K ketiga - Kegagalan. 8 bulan, PM10 masih gagal mencari formula dan hala tuju untuk memyelamatkan negara, ekonomi dan rakyat. Formula Rafizi gagal dan tak boleh digunakan. Bemda yang patut naik, tak naik. Benda yang patut turun, tak turun, malah naik berkali ganda.

K keempat - Kata lain, buat lain. Cakap tak serupa bikin. Nepotisme sudah dihalalkan. Open tender dah jadi restricted tender. Lantikan politik punyalah banyak di agensi2 kerajaan dan GOC. Kita boleh, hanya kita boleh buat, kalau orang lain buat, ia satu kesalahan.

K kelima - Keangkuhan Menteri Pelancongan, penjawat awam diganggu tugas mereka dan dituduh rasuah. Keangkuhan Menteri Komunikasi mengugut netizan. Keangkuhan Menteri Harga barang, dah berbulan2 harga barang naik, dia boleh tanya "mana bukti?", keangkuhan Menteri Kewangan, rakyat terdesak minta nak keluarkan KWSP, bukan saja dia tak bagi, malah suruh mereka buat pinjaman dan cagar simpanan masa tua mereka kpd bank. Keangkuhan Timbalan Menteri, jawab soalan wartawan pun dengan nada yang sombong, "soalan jangan jawab dengan soalan", sampai Ahli Parlimen pun angkuh, "kerajaan ini kerajaan kami, ikut suka kami lah nak buat apa.."

Comments