BAGAIMANA MELUMPUHKAN MUSUH CARA ANWAR

 


Oleh: Pak Lang Mat 

1. Pertama perlu bina persepsi apa sahaja supaya musuhnya turut dikecam dan dicop pencuri, perompak dan kaki sakau. Kenyataan demi kenyataan akan dibuat bagi membina rangka persepsi buruk terhadap subjek sasarannya. 

2. Pendakwaan bodoh akan dibuat dan siasatan dibuka. Bukan mahu buktikan salah atau betul. Itu sudah nombor 2.Yang penting pendakwaan, pertuduhan dan sensasi media dibina dahulu sebagai naratif untuk memburukkan imej dan membunuh karektor musuhnya. 

3. Setelah sensasi maka tentera siber upahan mereka akan berkompang seolah subjek sudah terbukti bersalah. Poster dan info grafik akan dibina kaum ini untuk sebaran. Tidak cukup di garis masa FB masing2, mereka turut masukkan ke dalam FB kumpulan komuniti rakyat bagi menguatkan naratif dibina Anwar. 

4. Dan pada masa yang sama di pentas2 ceramah dan majlis Anwar akan mula membina frasa ayat suci supaya dia dilihat bersih dari orang lain. Dialah hero segalanya.

5. Seperti terkena kepada Muhyiddin, merata pentas dia gambarkan Muhyiddin kaki sakau dan dia tidak begitu. Dia suci dan mulia. Malah menuduh Muhyiddin seleweng rm600 billion, bertukar kepada rm300 billion, bertukar lagi kepada rm92.5 billion dan akhirnya rm300 juta. Entah atas asas apa mahu dakwa. 

6. Malah Muhyiddin juga dituduh memberi projek kepada menantu berjumlah lebih rm1 billion. Setelah disiasat SPRM dan dipanggil semua diambil keterangan, terus Anwar terdiam. 

7. Dia cari akal lagi bagaimana mahu kenakan Muhyiddin cara lain pula. Timbul pula isu wang dalam akaun Bersatu yang disita dan rayuan Tan Sri Syed Mokhtar. Padahal PKR juga Syed mokhtar beri dana politik.

8. Anwar sekadar mahu membunuh karektor musuhnya dan bina imej buruk bagi menipiskan keyakinan rakyat terhadap Muhyiddin. Dengan harapan sokongan akan beralih kepadanya. Sama juga dengan apa dilakukan kepada PAS kali ini. Setelah Muhyiddin kaki sakau, PAS pula kaki rasuah. Itulah pelannya si Anwar ini. Jijik sama sekali

9. SPRM pada 24 Februari 2019 sudah keluarkan hasil siasatan terhadap isu rm90 juta didakwa masuk ke akaun PAS bahawa tiada kemasukan wang tersebut. Muktamad. Kini dibuka kembali kes ini bagi membunuh karektor PAS pula. Betapa hatinya tidak tenteram  Anwar ini bila berkuasa. 

10. Silalah siasat. Tiada masalah. Dendam kesumat hati busuknya ibarat ikat tangan musuh dan cakap besar ajak musuh bergaduh. Buatlah sementara ada kuasa. Tunggu rakyat ajar regim Anwar ini nanti. Jatuhnya kamu nanti kita tahulah langit tinggi rendah. Apa ingat rakyat buta tak nampak Anwar tidak bekerja berpuluh tahun punyai aset berjuta dan bina rumah baru berjuta. Orang malas nak bising sahaja. 

11. Begitu juga dikorek kes Tun Daim bagi kenakan Tun Mahathir. Padahal semasa kes tersebut (2.3 biilion-Renong Bhd) yang keluarkan kenyataan bahawa kes tersebut tidak rugi dan hanya atas kertas adalah Anwar sendiri sebagai Menteri kewangan waktu itu. Anwar yang pertahankan kes tersebut. 

12. Kini dia juga yang buka kembali untuk lempiaskan dendamnya. Harus diingat Tun Daim antara manusia yang berpendapat Anwar patut dikeluarkan dari kabinet. Daim adalah think tank Tun Mahathir. 


13. Anwar juga akan berdepan saman fitnah rm150 juta oleh Tun M. Berpuluh tahun dia bina pelbagai cerita buruk tentang Tun M, tapi Tun M diam malas saman menyaman. Kini tahulah nasibnya  

14. Semakin hari Anwar  makin melampau dan seronok dibuai kuasa. Dia mahu mengawal segalanya. Baik pembangkang diikat tangan mereka dan kabinetnya diikat hidung mereka.

15. Malah di pejabatnya juga sudah wujud porak peranda kerana segala minit atau sokongan kepada menteri selain PKR akan disusahkan. Ini cara dia kawal menteri selain PKR untuk tunduk dengannya. Dia punyai banyak watak dan caranya masih kuno. 

16. Di pentas dialah paling pijak semut tak mati. Di belakang dialah diktator dipenuhi dendam kesumat. Cara dia tangani apa isu juga kuno. Macam kes kalimah Allah. Dia tahu dia sudah terkantoi. Dia buat majlis agama besar2an jemput ulama tokoh dunia kemudiannya bagi tenggelamkan isu kes kalimah Allah.

Comments