UMNO dihina DAP sebagai Pakatan Korup (parti rasuah)

 


Walapun kawan dalam kerajaan campuran, Tony Pua bekas MP DAP dakwa bahawa Umno dan BN itu kotor dan korup.

Dalam satu majlis DAP di PJ beliau dilaporan FMT berkata:

"PH supporters must prove to doubters that “a multiracial party that is clean and not corrupt” could do better “than corrupt coalitions (sic) like Barisan Nasional, Umno and Bersatu”."

Para penyokong PH perlu buktikan kepada mereka yang ragu bahawa sebuah parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korap boleh bekerja lebih baik berbanding parti gabungan yang korap umpama Barisan Nasional, Umno dan Bersatu".

Depan Zahid dan dalam majlis rasmi kerajaan mereka lambung dan puji Umno dan BN tapi dalam majlis DAP dan PH, di hadapan para penyokong mereka, BN Umno dimaki dan dicaci walaupun kononnya dah berkawan.

Malang sungguh nasib kawan-kawan kita diperlakukan DAP dan PH. Beringatlah sebelum terlambat.

Teringat lirik lagu "Burung Pungguk" nyanyian Allahyarham Sharifah Aini:

Oh burung pungguk malang nasibmu

Rupamu buruk tak siapa yang mahu

Bila malam telah tiba

Di langit bulan bercahaya

Kau berbunyi berhiba-hiba

Merindukan bulan purnama

Comments