PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua malam ini secara 'tiba-tiba' menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.
Kenyataan itu
disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan
Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di
sini, dengan label sama turut diberikan kepada BERSATU selaku sebuah lagi parti
nasionalis Melayu.
Sehubungan itu,
Pua menyuarakan harapan supaya Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk
kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO
dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Untuk itu,
katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana
Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini
bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.
"Kena
ingat Kerajaan Perpaduan sekarang ini mudah retak bila-bila masa. Jadi penting
untuk Perdana Menteri dan keseluruhan kerajaan untuk terus berkhidmat.
"Perdana
Menteri yang popular bukan untuk Petaling Jaya, tetapi untuk Terengganu,
Kelantan, Pahang, Kedah, Sabah dan Johor," katanya.
Sebelum ini,
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, ketika berucap pada pentas
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 menggesa DAP membuat permohonan maaf secara
terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO
sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini.
Muhamad Akmal
berkata, permohonan maaf daripada DAP penting sekiranya parti itu benar-benar
ikhlas dan jujur untuk bekerjasama dengan UMNO.
Kenyataan itu
mengundang pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri dengan
Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan isu permohonan
maaf tidak perlu lagi timbul.
Dalam pada itu,
Pua menegaskan Anwar perlu menggunakan kesempatan ketika menjadi Perdana
Menteri untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia serta kepada mereka tidak
percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti berbilang kaum itu
sebenarnya bersih dan tidak korup.
"Perlu
tunjukkan supaya (rakyat tahu) ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan
(parti) berteraskan Melayu, parti nasionalis Melayu seperti UMNO dan BERSATU.
"Kita
sebenarnya boleh lakukan lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh pakatan
korup seperti Barisan Nasional, UMNO serta BERSATU.
"Itu
sebenarnya yang kita nak lakukan bila kita ada peluang lima tahun lagi bermula
sekarang, untuk tunjukkan perbezaan. Bila kita berjaya, saya sangat yakin dalam
tempoh empat tahun (akan datang) apabila kita adakah PRU, PH akan terima
sokongan besar daripada rakyat Malaysia.

Comments
Post a Comment