PAS Terengganu Umum Empat Lagi Tawaran Untuk Rakyat


 
PAS Terengganu pada malam ini mengumumkan empat lagi tawaran untuk rakyat di negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri 2023.

Pengumuman ini menjadikan lapan tawaran sudah dijanjikan kepada orang ramai selepas empat diumumkan dalam Himpunan Teguh Pertahan (HTP) sebelum ini. 

Tawaran kelima yang diumumkan malam ini adalah Caruman Skim Keselamatan Sosial (PERKESO) Untuk Suri Rumah

Selain itu, Tabung Bantuan Pertanian, Penternak dan Nelayan Sebanyak RM10 Juta Setahun menjadi tawaran keenam PAS. 

Di HTP Setiu pula, dua tawaran lagi turut diisytiharkan malam ini. 

Mewujudkan Pusat Tafaqquh Fiddin (Pusat Pemahaman Agama) di Setiap Daerah dan  Menjadikan Terengganu Sebagai Negeri Pengeluar Makanan Negara Dengan Menyediakan Peruntukan Sebanyak RM100 Juta melengkapkan tawaran ketujuh dan kelapan PAS Terengganu. 

Kini, hanya tinggal dua lagi tawaran yang belum diumumkan kepada rakyat Terengganu. 

Sebelum ini, PAS sudah mengemukakan empat tawaran, iaitu:-

1) Menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motorsikal secara Qardul Hasan (Tanpa Riba) untuk kerjaya anak muda, maksimum RM4,000

2) Menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 untuk setiap kematian.

3) Menyediakan Tabung Geran Usahawan Belia Bernilai RM5 Juta Setahun

4) Menyiapkan Jalan Raya Berkembar Pantai Kemaman-Besut

Pengumuman ini juga membuktikan PAS Terengganu sudah jauh meninggalkan UMNO Terengganu dalam persediaan mentadbir kerajaan pasca PRN nanti.

Comments