Belum pun redah isu penggunaan kalimah "Allah" yang mana rayuan tersebut di tarik secara senyap-senyap pada bulan ramadhan.
Menteri KDN sekali lagi mengeluarkan kenyataan bersimpang siur, kenyataan yang mengelirukan dan memperlihatkan betapa kerajaan MADANI ini sendiri tidak bergerak secara kompiten sebagai sebuah kerajaan.
Saifudin Nasution-Menteri KDN mengatakan, pihak penyedia "Judi atas talian" dilindungi naungan politik.
Persoalannya, siapa yang mampu memberikan mereka perlindungan politik pada ketika ini ?.
Yang jadi kerajaan adalah PH-BN. Perdana Menterinya DS Anwar Ibrahim.
Adakah PN pihak yang memberikan perlindungan ?, Jika PN, tentunya Anwar Ibrahim telah pun canang ke serata alam akan isu ini.
Keliru dan mengelirukan.
Adakah kenyataan Saifudin Nasution ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa ada pihak di dalam kerajaan PH-BN yang memberikan perlindungan politik kepada "Penyedia Judi Atas Talian" ?.
Oh MADANI, jenaka tak sudah-sudah

Comments
Post a Comment