Projek bekalan air bersih Kelantan adalah projek yang dimulakan oleh Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Wahhh.. dengan penuh bangganya JKOM PH-BN mempersembahkan satu poster bertajuk ‘Kelantan Terima RM6.4 bilion’ peruntukan daripada tatakelola yang jimat cermat Kerajaan Madani.
1st time tengok poster tu dah boleh agak memang jenis #Phancing dan kaki kelentong punya.
Mari kita ulas satu point saja lah bagi londehkan walanon yang tengah duk jaja poster ni sekarang.
JKOM kata sebanyak RM630 juta peruntukan untuk pembinaan takungan air di pinggiran sungai Mukim Jok Labok, Machang.
Sebenarnya projek ini adalah projek yang dimulakan oleh Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Mantan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) sejak tahun lepas. Projek pembinaan sebuah takungan air atau dikenali sebagai Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) ini bernilai RM1.3 bilion di Machang bertujuan menyelesaikan masalah air di Kelantan.
Projek tersebut membabitkan tiga komponen iaitu:
1.TAPS
2.Loji Rawatan Air
3.Pemasangan paip di kawasan tanah kira-kira 404.6 hektar
Projek ini adalah projek jangka masa panjang dan merupakan inisiatif terbesar kerajaan Perikatan Nasional untuk menyelesaikan masalah utama air di Kelantan.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/201946
https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/12/projek-taps-di-machang-perlukan-rm1-8-bilion/
Jadi, kenapa JKOM PH-BN duk jaja sangat tu? Lebih baik tulis meneruskan projek TAPS yang sedang dijalankan.
Memang kerajaan Madani kuat CLAIM! Hahaha
Yang lain-lain tu korang research la sikit. Korang akan dapati samada peruntukan bersifat tahunan diberikan contohnya peruntukan kepada imam, bilal dan siak.. ataupun projek lama yang sedang berjalan contohnya projek jalan di Kampung Pak Badol, Pasir Putih. Sumbangan rahmah diberikan sejak dulu lagi, hanya ditukar nama saja. RM150 juta penyelenggaraan sekolah tahfiz itu untuk seluruh negara, bukan khusus untuk kelantan sahaja.
Apa khabar JKOM???
Comments
Post a Comment