Padu ! Dalam ucapan, Tok Mat ada beri gambaran umno salahkan Melayu kerana tak sokong umno yang berjuang lawan DAP.
Kalau nak senarai antara sebab kenapa rakyat Terengganu tolak umno, boleh buat buku. Negeri lain mungkin cerita lain, yang pasti rakyat Malaysia tolak umno-bn.
1. Tanah, isu tanah di Terengganu ni kritikal. Kalau ikut rekod hanya pada tahun 1999 lepas PAS ambil alih kerajaan barulah permohonan dibuka semula sejak ditutup pada tahun 1975.
Kesan dia? banyak tanah rakyat berjaya diselesaikan dalam masa 1 penggal (1999-2004) berbanding umno yang perintah dalam 38 tahun (1961-1999) dulu.
Lepas umno menang semula, dia tahan balik tanah rakyat Terengganu. PAS menang tahun 2018, barulah PAS bagi semula tanah terkilan ni pada rakyat Terengganu.
2. Royalti, perwakilan dari umno Terengganu telah mengsyorkan royalti minyak Terengganu tidak diberi kepada negeri. Sebab tu rakyat Terengganu tak lupa tahun 2000 ni tahun dukacita sebab royalti minyak betul2 tidak diberi kepada kerajaan negeri Terengganu.
umno jugak yang susah lepas dia ambil semula kerajaan, nak mintak semula dia gagal. Kerajaan saman Petronas, umno tarik saman.
Tahun 2018, lepas PAS ambil semula kerajaan Terengganu barulah wang royalti ni dapat pada Kerajaan Terengganu. Tu pun sebab MB Dr Sam naik turun KL nok selesai hal ni. Orang umno tak cerdik jaja cerita Dr Sam duk KL sokmo. Padahal nak selesai masalah yang umno buat.
3. Bangunan runtuh, sampai ke hari ni orang tak kenal Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebab orang kenal nama viral stadium runtuh.
Taman ilmu, kos buat 300 juta kos baiki 400 juta. Mahal tali dari beruk.
Cukup lah umno, sebab kita pun pernah bersama dalam Muafakat Nasional, Penyatuan Ummah dan Perikatan Nasional. Jika insaf dan nak berubah ke arah lebih baik rakyat boleh terima. Tapi umno masih salahkan orang lain, takut dengan bayang-bayang sendiri.
Rakyat ada pilihan lain. umnk manfaatkanlah ruang dalam kerajaan PMX. Jangan ulang kesilapan ketika bersama kerajaan dulu. Cubaan tukar Kerajaan Sabah tu pun tak patut berlaku.

Comments
Post a Comment