Kerajaan Luar Tabie PH/BN politik undur kebelakang

 

Oleh: Dsn CikTy

SEMALAM Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim telah melancarkan slogan baharu “Membangun Malaysia Madani” melalui program Amanat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menurut beliau, madani merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan.
Madani dari sudut bahasa pula bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanjan dan kebendaan dalam usaha membentuk masyarakat.
Tiga hari sebelum Majlis Amanat ini, Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor atau sekurang-kurangnya Exco Kesihatan dan Exco Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Datuk Haji Awang Hashim tidak dijemput pada Majlis Penyerahan Hospital Pendang oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.
Kisah kedua pula berlaku sehari sebelum Majlis Amanat Perdana Menteri apabila Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pulang begitu sahaja selepas dimaklumkan majlis merasmikan Akademi Hoki Terengganu di Padang Midin dibatalkan tanpa makluman awal.
Wakil penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan di bawah YB Hannah Yeoh memohon maaf kerana diarahkan membatalkan program tersebut kerana :
1. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah dari parti berbeza
2. Premis program adalah di bawah Kerajaan Persekutuan
Sepertimana maklumbalas oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas program amanat tersebut ialah cabaran bagi melaksanakan amanat tersebut. Bagaimana semua pihak termasuk jentera kerajaan mampu memahami dan melaksanakannya sebagaimana kehendak Perdana Menteri.
Kita lihat sahaja bagaimana selepas ini jentera pentadbiran di bawah Anwar Ibrahim benar-benar menyelami hasrat dan seruan yang telah diberikan semalam.
Dua peristiwa yang berlaku di Kedah dan Terengganu menjadi satu bukti amalan pengurusan pentadbiran melalui jalan belakang cuba dinormalisasikan.
Politik ke-belakang ini amatlah lapuk untuk diamalkan dan kerana budaya seperti inilah telah menjadikan rakyat yang sepatutnya menerima hak mereka dipinggirkan.
Beginikah pembangunan masyarakat madani yang PMX mahukan?

Comments