Isu RM600 billion: Zafrul jawab tuduhan Fitnah Anwar

 


Oleh: Che'GuBard

Anwar Ibrahim dalam tempoh kempen Pilihanraya Padang Serai telah gunakan saluran (platform) rasmi kerajaan untuk menuduh Perikatan Nasional lebih tepat Muhyiddin Yassin seleweng dana RM600 bill sepanjang tempoh mengemudi negara berdepan COVID 19.
Dia ditempelak dengan fakta jumlah semua 8 pakej ransangan dan bantuan RM530 b bukan RM600 b. Dimana RM447 b bukan fiskal , bukan duit kerajaan. Ia jumlah dana bank, kwsp dan sebagainya yang termasuk dalam pakej ransangan. Iaitu termasuk jumlah moratorium, pengurangan caruman kwsp dan pengeluaran kwsp. RM83b pula disalur terus kepada rakyat dalam bentuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Subsidi Upah. Semua diterima rakyat dan agihan diurus oleh Kementerian Kewangan di bawah Tengku Zafrul .
Data semua disimpan Kementerian Kewangan Malaysia khususnya agensi LAKSANA (Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional) mempunyai setiap butiran perbelanjaan bagi semua lapan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan kerana Kementerian Kewangan Malaysia bertanggungjawab penuh mengendalikan.
Hari ini Zafrul Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab penuh ketika itu telah diangkat Anwar sebagai anggota kabinet. Zafrus sendiri dalam kabinet dan luar kabinet telah menyatakan semua diurus dengan tatakelola kewangan yang baik dan tidak ada penyelewengan. Menteri kabinet Anwar sendiri.
15 Dis SPRM umum serbu 8 agensi kerajaan dan 9 syarikat berkaitan perkara tersebut. Hari ini juga petang tadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM, Putrajaya telah membuat tangkapan seorang CEO kaitan pengurusan dana COVID 19.
Yakin Zafrul boleh menjelaskan dan yakin Zafrul tidak terlibat dan kompromi dengan penyelewengan.
Secara peribadi sokong siasatan penuh dan terbuka. Jika benar ada yang menyeleweng dalam urusan dana yang diurus kementerian kewangan ketika itu wajib diambil tindakan.

Comments