Untuk menghalalkan Tindakan kerajaan campuran sekarang ini,
Sentimen yang sedang dimainkan oleh PH berkenaan perlantikkan Zahid yang
terbabit dengan kes Rasuah di Mahkamah adalah apa yang telah Presiden PAS
nyatakan dahulu. Jika kita melihat siri-siri ceramah Presiden PAS, PAS tetap
memegang prinsip “ seseorang yang dituduh tidak bersalah sehingga dirinya
berjaya dibuktikan bersalah oleh mahkamah pada akhir proses perbicaraan”. Itu
dasar Islam yang dipegang oleh PAS. Sedangkan ia diluar konteks daripada apa yang
dibicarakan sekarang.
Ini melibatkan perkara intergriti. Sepatutnya biarlah kes di Mahkamah itu berjalan sehingga membuktikan beliau Zahid didapai bersalah atau sebaliknya. Ini kerana akan menggangu pihak mahkamah untuk menjalankan kes tersebut. Confilcts in interest akan ada berlaku disitu. Mana-mana individu yang mempunyai kes mahkamah walaupun belum ditentukan bersalah tidak patut berada dalam Kabinet.
Bukankah Pakatan Harapan suatu Ketika dahulu memperjuangkan Intergriti & akauntabiliti dalam pentadbiran. Sepatutnya inilah peluang untuk mengotakan apa yang dikatakan. Sebab ia membabitkan prinsip dalam suatu perjuangan.

Comments
Post a Comment