Apabila diumumkan tiada lagi projek runding terus, macai2 pakat melompat kegirangan...tapi depa lupa apa berlaku masa PH uruskan tender bekalan baja pada sesi 22 bulan hari tu...akhirnya terpaksa kembali kpd sistem runding terus...
Bahasa mudahnya puak2 ni boleh juga berperangai marahkan nyamuk, kelambu dibakar...konon2 benci rasuah dan perasuah (sedangkan depa yg hari ni bela org yg berhadapan tuduhan rasuah), tapi marahkan sistem tender yg kononnya jadi punca rasuah....
Sistem tender yg diamalkan di negara ini sama saja dgn yg diamalkan di negara2 lain...ada sistem tender terbuka, ada sistem runding terus, ada sistem penggiliran dan lain2...bukan salah pada sistem atau kaedah, tapi salahnya pada manusia yg menjalankan atau menguruskannya...
Masa sesi 22 bulan lalu, dek sebab nak telus kononnya...tender bekalan baja yang selama lebih 20 tahun diberikan secara runding terus kepada NAFAS telah dibuat secara terbuka...akibatnya NAFAS hampir putus nafas apabila pihak lain berada dalam senarai teratas...
NAFAS merupakan syarikat milik Pertubuhan Peladang yg dianggotai oleh puluhan ribu petani...melalui nya para petani dapat juga menikmati faedah atau keuntungan atas perniagaan dijalankan...tapi sekiranya pembekalan baja itu berpindah ke pihak lain, nasib ribuan pekerja NAFAS dan ahli2 Pertubuhan Peladang berada dalam ketidaktentuan....NAFAS bukan syarikat awam yg jual produk di pasaran terbuka...
Utk menutup kesilapan depa, seseorang telah dikambing hitamkan...akhirnya Menteri Pertanian pada waktu itu diangkat sebagai hero...padahal sejak awal lagi depa yg umumkan tiada lagi tender runding terus...bila bahagian perlaksana buat ikut polisi ditetapkan, depa pulak dipersalahkan...
Hari ini pun macai2 PH melompat kononnya ketelusan...aku nak tengok sejauh mana yg namanya ketelusan tersebut nak dijaja...
alfaqir ilallah ppk
11 Jamadil Awal 1444H
6 Disember 2022M

Comments
Post a Comment