PH-BN memesongkan maksud sebenar Kerajaan Perpaduan

 


Kenapa ucapan2 pemimpin PH dan Umno sebelumnya dijadikan bahan bualan ramai???...kerana ucapan2 itulah menatijahkan sokongan dlm PRU baru2 ini...ia akan senantiasa relevan utk dibicarakan oleh rakyat...

Pengundi2 PH tidak akan beri undi kpd PH jika tidak kerana janji2 dan ucapan2 berapi pemimpin PH yg mahukan bersihkan pentadbiran dari golongan korupsi dan seumpamanya...

Begitu juga pengundi2 UmnoBn juga tidak akan berikan undi kpd BN jika tidak kerana janji-janji pemimpin UmnoBn yg menolak PH dan PN...

Menggunakan naratif kononnya kerajaan yg berdiri hari ini adalah Kerajaan YDPA adalah satu penyimpangan kerana YDPA tidak terlibat dalam urusan pembentukan blok kerajaan...YDPA hanya mencadangkan bagi menyelesaikan kemelut yg dihadapi, namun keputusan muktamad PN iaitu tidak menyertai pembentukan kerajaan...maka kerajaan yg terbentuk bukan merupakan kerajaan perpaduan, sebaliknya kembali kpd amalan sebelumnya iaitu "kerajaan campuran" atau "coalition goverment"....

PN berhak utk menyertai atau tidak menyertai pembentukan blok kerajaan kerana ia adalah hak parti2 yg ada kerusi dalam Dewan Rakyat tanpa boleh dipersoalkan...dan menurut kiraan semasa, kerajaan masih boleh dibentuk walaupun PN menyertai atau tidak menyertai blok kerajaan...ini berdasarkan surat2 yg dikeluarkan oleh semua ketua parti terlibat...malah tanpa GPS dan GRS pun, seorang PM boleh dilantik dengan gabungan PH + BN sahaja...

Oleh yang demikian, pihak2 yg membawa naratif bahawa kerajaan hari ini adalah Kerajaan Perpaduan sebenarnya cuba utk memesongkan kefahaman ramai terhadap kehendak dan aturan Perlembagaan...apabila naratif ini terus diulang dan diulang, akan wujudlah masyarakat yg tidak memahami undang-undang negara sendiri sebaliknya hanya bergantung kpd kefahaman dibina oleh pihak berkepentingan...

Inilah stail UmnoBn sejak puluhan tahun dulu yg tidak berminat mencerdikkan rakyat kerana jika rakyat cerdik, kedudukan depa bakal tergugat...buktinya kita boleh tengok dalam tempoh 15-20 tahun kebelakangan ini apabila dunia maklumat tidak boleh lagi dikawal oleh UmnoBn...maka rakyat jadi makin cerdik dan bijak...akhirnya sokongan kpd UmnoBn makin lama makin merosot...

Kebenaran tidak boleh ditahan kerana ia umpama air yg mengalir...namun ia masih perlu kepada perjuangan agar kebenaran itu dapat dialirkan...

alfaqir ilallah ppk


Comments