Ketua Pemuda PAS minta tubuh RCI berkenaan isu RM600 billion

 


Bermula sesi Parlimen selepas PRU14, saya berulang kali bertanya berhubung isu RM90 juta yang didakwa diterima oleh PAS, dan berulang jugalah jawapan bahawa ‘SPRM mendapati tiada dana 1MDB masuk ke akaun PAS..’

Justeru dalam sidang sesi ini, antara soalan wajib saya ialah : “Minta PERDANA MENTERI nyatakan setakat manakah cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dana berjumlah RM600 billion oleh kerajaan terdahulu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”?

Skima jawapan saya sediakan bagi memudahkan pihak kerajaan, “Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kerajaan mendapati tiada apa-apa keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana semua perbelanjaan yang telah diluluskan dan direkodkan didapati tidak bertentangan dengan mana-mana tatacara kewangan yang telah ditetapkan..” boleh copy dan paste.

Jika mahu ditukar struktur ayat pun takde masalah, maklumlah kerajaan cacamerba.

"Jadi, kali ni kita nak tanyalah mana dana ini pergi terutama bila kita nampak 'time' PRU15 itu hari, perbelanjaan Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya mewah betul, jadi kita nak tahu juga mana dia dapat duit," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri ceramah dan penjelasan kerajaan perpaduan di Kampung Pianggu, dekat Rompin, Pahang malam tadi.
Saya sangat-sangat setuju. Tubuhkan segera. Jangan berlengah lagi. Ketepikan dulu agenda ekonomi rakyat. Kita siasat dulu sehingga ke akar umbi. Inilah idea paling bagus kerajaan PH-BN setakat ini. Nak bercakap soal rasuah, nanti terkena geng sendiri. Soal pembelaan agama dan bangsa, nanti ada yang tak puas hati.
Jangan lupa, panggil juga YB Senator Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan pada masa itu.

Kredit FB : Fadhli Shaari

Comments