Jika hangpa teliti ucapan pemimpin2 PH sebelum PRU, semuanya berbaur "menghukum sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah", tapi sebaik saja sudah berpeluk cium dgn geng zahid, baru lah depa teringat "seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah"...
Inilah salah satu lagi naratif dan amalan yg patut ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia...amalan yg dibawa oleh PH yg dengan sesuka hati depa menuduh sesiapa sahaja yg depa nak tuduh, kemudian depa yg menghukum, akhirnya depa yg menyucikan...
Ia tidak hanya pada PRU baru ni...pada PRU 14 lagi amalannya sama apabila PH sanggup bekerjasama dgn Tun M yg depa sendiri anggap dan tuduh dengan berbagai2 tuduhan...tapi kemudian depa juga yang mensucikan...
Soal bersalah atau tidak, itu isu lain...tapi yg aku nak bangkitkan iaitu corak politik yg dibawa oleh PH iaitu demi kuasa, depa akan gunakan apa sahaja yg boleh diguna bagi menjatuhkan seteru politik dan kemudiannya depa akan gunakan apa saja peluang yg ada untuk berkuasa....
Ia berbeza dgn prinsip Perikatan Nasional yg penuh integriti...buktinya ketika kerajaan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada seorang pun yang terlibat kes mahkamah diberi peranan dalam kerajaan...bukan kerana depa telah bersalah, tapi kerana prinsip utk tidak mencampuri hal ehwal perundangan dan mahkamah, maka pihak terbabit diberi peluang utk mendapat perbicaraan yg adil serta tidak mahu integriti kerajaan diheret ke kandang mahkamah...
Kita lihat di kebanyakan negara, apabila seseorang individu terbabit dgn kes mahkamah...dia akan direhatkan dari jawatan sekiranya sedang memegang apa2 jawatan atau tidak akan diberi peranan dalam kerajaan kerana bimbang berlaku 'conflict of interest' yg boleh mengganggu perbicaraan...inilah contoh integriti yg wajar diamalkan...
Jika corak politik yg dibawa oleh PH hari ini diteruskan, soal integriti pun boleh ditukar ganti...tiada lah apa2 perubahan boleh diharapkan...ia hanya umpama "mengata dulang paku serpih"...
Integriti kini ditentukan oleh sokongan bagi membentuk kerajaan, bukan lagi prinsip dan ketelusan...
alfaqir ilallah ppk

Comments
Post a Comment