MENJAWAB FALASI STRAWMAN DS ANWAR IBRAHIM
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya cuba baca balik surat yang diterjemah oleh Friends of Harapan Jordan. Buat search perkataan Freemason, ada dua perkataan "Freemason" saja.
Pertama:
"Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason."
Kedua:
"Selepas YDP Agong bertemu dengan semua Pemimpin setiap parti untuk mendapatkan sokongan terbanyak, telah jelas kepada YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas tersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis."
2) Daripada kedua-dua perkataan Freemason dalam text terjemahan tersebut, TAK ADA pun ayat yang menuduh DS Anwar sebagai Freemason atau orang besar Freemason sebagaimana yang dibebelkan oleh DS Anwar dalam video Menjawab Fitnah Hadi Awang tersebut. Jadi, DS Anwar sebenarnya menjawab fitnah siapa?
3) Mewujudkan satu persepsi bahawa "Presiden PAS telah menuduh DS Anwar sebagai Freemason", kemudian pakat bantai dan maki beramai-ramai berdasarkan persepsi tersebut, ia dipanggil Falasi Strawman (Strawman Fallacy). Nak attack real issue tak mampu, maka dibuat 'strawman' issue untuk dibantai. Mungkin juga DS Anwar terpengaruh dengan mahacai sekeliling beliau yang menjadi batu api untuk DS Anwar dan Presiden PAS bermusuhan.
4) Dalam text tersebut, dikatakan ada berlaku usaha dalaman atau komplot atau cmpurtangan yang dikaitkan dengan Freemason untuk menaikkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM. Tidak pelik pun jika DS Anwar tak tahu ada komplot tersebut. Jika nak kata Presiden PAS memfitnah, tentulah Presiden PAS telah memfitnah Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason, bukan memfitnah DS Anwar.
5) Persoalan yang saya timbulkan adalah daripada hasil carian saya dalam text terjemahan daripada Friends of HARAPAN Jordan. Jika saya silap, tentu berpunca daripada Friends of HARAPAN Jordan yang salah menterjemah text Arabic tersebut, ATAUPUN ada lagi text yang saya terlepas pandang untuk baca (?). Jadi sekali lagi saya tanya, DS Anwar menjawab fitnah siapa?
Sekian
Comments
Post a Comment