Bukan sahaja Zahid Hamidi menyerang "Ulamak Politik" TGHH. Hampir keseluruhan Kluster Mahkamah TIDAK MENGGEMARI sikap TGHH dan PAS untuk kekal dengan Misi PENYATUAN UMMAH. Mereka mahu PAS ikut Zahid dan MN sahaja.
Uncle Lim ikut BERJAJARAN segera berkokok tidak sedar diri sebagai chauvinist menyerang TGHH sebagai perkauman dengan isu Penyumbang Rasuah terbesar. Maka berkejaranlah chai² ikut menembak peluru kapur, termasuk seorang perempuan Melayu ikut kesurupan. Semuanya senyap sunyi apabila data² terpampang membenarkan lontaran C4 oleh TGHH.
Sudahnya Salahuddin Ayub juga tumpang sekaki mengikut jejak "mentor" @ mandurnya membidas TGHH dan kononnya akan mengadu ke pihak Persatuan Ulamak Dunia. Teringat kata² Salahudin "Tidak akan balik kepada PAS selagi ada TGHH", kamu ingat PAS boleh ke terima kamu yang telah melanggar bai'ah? Masuk keluar PAS atas sebab orang?
Serangan bertali arus, soldadu Amanah, Pkr, kluster mahkamah dan lain² rancak menyemai fitnah ke atas TGHH dan PAS seperti beberapa pariah yang "crop" gambar TGHH dan anak beliau lalu berkenduri bangkai fitnah dalam medsos.
Hantu 90 juta diusahakan hidup semula, namun apabila pendedahan individu dan organisasi menerima suapan wang 1Mdb, senyaplh sebentar.
Tun Mahathir yang semakin tenggelam dalm arus politik negara ikut mengkafirkan PAS...barangkali neuron² dalam kepala ikut bertempur sesama sendiri.
Begitulah resmi Jundullah...anak panah musuh terus di sasarkan kepada batang tubuh tiang seri Pakatan Nasional. Jatuh tiang seri maka jatuhlah PN... Itu matlamat mereka, sedangkan implikasi besar ialah kesan besar kepada Siasah Islam dan bangsa Melayu.
Wallahuaklam
TIGS
17092022

Comments
Post a Comment