Kafirkah PH ?...



Oleh: alfaqir ilallah ppk
20 Safar 1444H
16 September 2022 

Bila saja Tuan Guru Presiden PAS buka mulut, ramai yg akan kaitkan apa yg diperkatakan oleh TGHH dengan persoalan fundamental dalam Islam termasuk lah bab aqidah...tidak terlepas, si raja tidak bersinggahsana ni turut cuba nk kaitkan ungkapan TGHH bahawa PH "tidak beriman dan tidak bermoral" sebagai satu ungkapan mempersoalkan aqidah depa....
Faham kah pemimpin PAN Terengganu ni dengan maksud aqidah itu???....dan mengerti kah dia bagaimana maksud beriman itu???...
Firman Allah dalam al Quran pada ayat 14 surah al Hujurat yang bermaksud
"Orang-orang Arab itu berkata: Kami telah beriman. Katakanlah : Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam ayat di atas, diberikan satu perbezaan iaitu antara 'orang beriman' dan 'orang Islam'...secara tidak langsung dapat dimengerti bahawa seorang muslim belum tentu beriman yang sebenar-benarnya kerana untuk menjadi orang beriman, ada pra syarat wajib iaitu sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam ayat 2 surah al Ankabut yang bermaksud :
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan dalam diri seseorang terhadap sesuatu anutan sama ada dipanggil agama atau kepercayaan...terdapat 2 bentuk aqidah iaitu aqidah yang benar dan aqidah yang batil...hanya sanya aqidah yang benar adalah aqidah Islam yakni satu ikatan antara seseorang dengan agama Islam itu sendiri...manakala aqidah batil iaitu ikatan seseorang dgn anutan selain Islam....
Justeru, apabila dikatakan kumpulan PH tu sebagai "tidak beriman", ia sama sekali tidak menjurus kepada persoalan aqidah mana2 individu...kerana untuk menjadi seorang Islam atau beraqidah dengan aqidah Islam, cukup dengan hanya mengucapkan dua kalimah syahadah...tapi untuk menjadi seorang beriman, hendaklah melalui proses2 sebagaimana disebutkan pada ayat 2 surah al Ankabut di atas...
Seseorang itu tetap akan diiktiraf sebagai beraqidah Islam selama dia tidak engkar syahadah yang diucapkan dengan tidak melakukan sebarang amalan syirik atau apa2 amalan yang boleh membatalkan syahadah nya...walaupun dia tidak pernah bersolat, tidak pernah mengeluarkan zakat dan walaupun seumur hidup tidak mengerjakan umrah dan haji sedangkan ada kemampuan... malah walau segala amalan maksiat dikerjakannya seperti minum arak, berzina dan sebagainya, dia masih dikira sebagai seorang yg beraqidah Islam selagi dia tidak engkar syahadah nya...
Firman Allah dalam surah al Hujurat pada ayat 15 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)"...
Berdasarkan ayat di atas...aku nk tanya apakah PH berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa???...jika jawapannya TIDAK, maka betul lah tu apa yg diucapkan oleh TGHH bahawa PH adalah kumpulan orang tidak beriman....sebaliknya jika jawapannya YA, maka aku cabar parti2 komponen PH khususnya PKR dan DAP isytiharkan diri sebagai berjuang pada jalan Allah.- (Mampu Centre)

Comments