Isu kalah Saman daripada Pakatan Harapan

 


Oleh: IbnuKhatir
15 September 2022
Bukan hanya Pemimpin PAS sahaja.
Izinkan saya merujuk artikel dalam link Mampu Centre di bawah..
Saman Ust Dusuki ditolak kerana beliau gagal membuktikan kebenaran perkataannya...dalam amalan undang-undang dunia hari ini, kebanyakannya hanya mengambil kira yang tersurat, itulah yang sebenar....semua yang tersirat sukar dibuktikan kecuali dengan kaedah2 khusus seperti pengakuan dan seumpamanya...

Baca, Like dan Share

Isunya .
Dr Mujahid menang saman fitnah, ulama Pas Dusuki Rani diperintah bayar kos RM11,000
By BORHAN AHMAD / September 14, 2022
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini telah menolak Saman Fitnah yang difailkan oleh Ustaz Dusuki Rani terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dengan dakwaan isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam.
Rujuk.

Kekalahan Ustaz Dasuki itu dijadikan peluru oleh pihak tertentu untuk menyerang Pas. Seolah olah pihak lain tidak pernah kalah disaman
Apakah pihak pihak lain tidak pernah kena saman?.
Sila rujuk link ini.
Pemimpin2 PH yang kena saman
1. Khalid Samad, bekas pemimpin PAS, KINI MERUPAKAN PEMIMPIN PH didapati bersalah memfitnah Dato' Dr Hassan Ali dan diarah bayar gantirugi dan kos-kos lain sebanyak RM200,000. (Rujuk sini:

2. Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas pemimpin PAS, KINI MERUPAKAN PEMIMPIN PH, pernah memohon maaf kerana memfitnah Datuk Seri Najib Razak. Permohonan maaf dibuat dipercayai untuk mengelak dirinya dari disaman. (Rujuk sini:

3. Husam Musa, bekas pemimpin PAS, KINI MERUPAKAN PEMIMPIN PH pernah kalah saman terhadap Kompleks Perkayuan Kelantan.

4. Husam Musa, bekas pemimpin PAS, KINI MERUPAKAN PEMIMPIN PH pernah kalah kes saman fitnah RM10 juta terhadap NSTP. (Rujuk sini: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/06/11/husam-kalah-kes-saman-fitnah-rm10-juta-terhadap-nstp

5. Datuk Seri Dr Wan Azizah, bekas kawan PAS dalam PR, KINI MERUPAKAN PEMIMPIN PH pernah diperintah bayar RM700 ribu kerana artikel fitnah felda. (Rujuk sini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/359043/wan-azizah-diperintah-bayar-felda-rm2j

6. Rafizi Ramli, bekas kawan PAS dalam PR, KINI BERSAMA PH pernah memohon maaf kerana memfitnah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman. Permohonan maaf dibuat dipercayai untuk mengelak dirinya dari disaman. (Rujuk sini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469264/kes-selesai-rafizi-mohon-maaf

7. Nurul Izzah dari PKR yang juga bekas kawan PAS dalam PR, pernah mohon maaf akui kesilapan memfitnah Raja Nong Chik. Kenyataan mohon maaf itu dipercayai untuk menutup kes saman fitnah yang difailkan Raja Nong Chik. (Rujuk sini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nurul-izzah-kemuka-kenyataan-maaf-kepada-raja-nong-chik-42353

8. Vernon Aji Kedit, bekas Ketua Penerangan PKR yang juga bekas kawan PAS dalam PR, pernah kalah saman fitnah terhadap Datuk Amar Douglas Uggah Embas. (Rujuk sini: https://suarasarawak.my/2019/12/pemimpin-pkr-kalah-dalam-saman-fitnah/

9. Rafizi Ramli dari PKR yang juga bekas kawan PAS dalam PR pernah didapati bersalah memfitnah UMNO dan didenda RM1800. (Rujuk sini: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2016/01/118150/rafizi-ramli-bersalah-didenda-rm1800

10. Saifuddin Nasution dari PKR yang juga bekas kawan PAS dalam PR pernah memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana memfitnah bekas MB Selangor itu. Kes selesai luar mahkamah. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/14/saman-fitnah-saifudin-khalid

11. Shamsul Iskandar dari PKR yang juga bekas kawan PAS dalam PR, pernah memohon maaf kepada Datuk Seri Jamil Khir bagi menyelesaikan kes saman. (Rujuk sini: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/08/shamsul-jamil

12. Mohd Shamsul Mat Amin, bekas calon PKR Dun Bukit Besi yang juga bekas kawan PAS dalam PR, kalah dalam cubaan menyaman Presiden PAS sekaligus diarah bayar kos RM10 ribu kepada TGHH. (Rujuk sini: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2014/12/23292/mahkamah-tolak-saman-fitnah-rm2-juta-terhadap-hadi-awang
13. Tiga pemimpin PKR Pulau Pinang yang juga bekas kawan PAS dalam PR, diperintah bayar ganti rugi RM30 ribu kepada Aminah Abdullah berkait satu saman fitnah. (Rujuk sini: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/09/27/fitnah-tiga-pemimpin-pkr-ppinang-diperintah-bayar-ganti-rugi-kepada-aminah
Semoga berbahagialah khadam-khadam PH apabila membaca berita "bekas PAS" yang pernah kalah saman/selesai kes luar mahkamah ini ya.

14. Selain di atas.

15 YB Mohamed Sabu pun pernah kalah kena saman. (Rujuk sini: http://www.ibnuhasyim.com/2016/02/mat-sabu-berdepan-notis-muflis-kalah.html

16. .Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjaya dalam tuntutan saman terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd berhubung penerbitan buku fitnah bertajuk 'Felda...Dulu Along Sekarang Ah Long. (Rujuk Sini: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2015/05/57936/felda-menang-kes-saman-presiden-anak

Oleh itu isu kena saman ini berlaku bukan kepada Pemimpin Pas sahaja .Di pihak PH pun ada yang kena saman. - (MampuCentre)






Comments