MINGGU lepas ada tersebar poster liar yang buat perbandingan program kebajikan di antara zaman PAS dan Umno. Perlihatkan Umno Terengganu lagi baik.
Menariknya diletakkan logo UPDI (agensi Kerajaan Negeri Terengganu) di poster. Tanya UPDI, UPDI kata budak tadika pun tahu poster ini bukan dari UPDI.
Lagi menarik ada media sosial Umno yang share poster ini Facebook. Jadi aku termenung keseorangan memikirkan misteri di balik poster ini.
Molek UPDI wat laporan polis, kerana ada pihak yang gunakan logo agensi kerajaan tanpa kebenaran.
Pun begitu, sebagai meraikan kesungguhan mereka membuat poster. Kita ulas sikit kandungan yang dipropagandakan itu.
Ada empat aktiviti yang ditonjolkan bagi membezakan zaman PAS dan Umno. Namun empat aktiviti ini ada semuanya pada zaman PAS juga. Mana powernya Umno.
▪︎Dana Raya, PAS teruskan dengan i-Fitri
▪︎Dana Remaja, PAS akan laksanakan tahun ini.
▪︎20 meter air percuma, zaman PAS pun ada.
▪︎Dana Sekolah, zaman PAS dipanggil Bantuan Persekolahan.
Jadi mana perbandingannya, zaman Umno ada, zaman PAS pun ada. Jeng perbandingan begini. Dari segi teknikal pelaksanaan itu pastinya ada penambahbaikan.
Tapi apa bezanya. Kalau nak buat perbezaan buat macam ini. Zaman PAS ada aktiviti atau program sebegini.
1. Pencen Rakyat, zaman Umno tiada.
2. I-Perantau, zaman Umno tiada.
3. Kad Sejahtera (Kad Rawatan Perubatan), zaman Umno tiada.
4. Wad Kelas Tiga Percuma, zaman Umno tiada.
5. Lesen Motosikal Percuma, zaman Umno tiada.
6. Skim Al-Ghazali (Bantuan kepada guru pondok, SAR), zaman Umno tiada.
7. Biasiswa Pelajar Cemerlang, zaman Umno tiada.
8. Tabung Usahawan, zaman Umno tiada
9. Skim Bantuan Modal Tani, zaman Umno tiada.
10. Bantuan tanpa mengira parti, zaman Umno tiada.
Ini baru betul perbandingan. Bukannya benda yang zaman Umno buat, tapi dibuat juga zaman PAS. Ini persamaan bahkan zaman PAS lagi power.
Kebetulan beberapa hari lepas, Exco Kebajikan Terengganu buka kembali Bantuan Pencen Rakyat, dan dilancarkan dua bantuan baharu iaitu Bantuan OKU dan Bantuan Ibu Tunggal.
Hairan kalau nak ubah ke Umno lagi, Bantuan Kebajikan taklah banyak sangat, yang banyak adalah projek sakit. Itu pun ada yang tergamak nak buat perbandingan.
Sejenis makan rojak kateh berkuahkan Coca-Cola ning.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre


Comments
Post a Comment