Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Idris Haji Ahmad nampaknya buat hal lagi. Tak habis-habis menimbulkan sensasi dan kontroversi yang menggundah-gulanakan puak ajaran sesat, liberal, songsang, karut-marut, LGBTQ dan sekutunya.
Menteri Agama ini mahu meletakkan penghafal al-Quran sama taraf bahkan lebih tinggi daripada profesional lain. Al-Quran mahu di martabat julang setinggi-tingginya menjadi cahaya yang menyinar suluh negara ini. Sungguh dia buat hal, sebab kerajaan atau Menteri dulu tak pulun sampai macam ni.
Para huffaz ni patut duduk di madrasah atau pondok kampung-kampung je. Quran ni kalau nak baca pun di masjid-masjid je atau surau musolla ok la kan? Apehal la Menteri Agama ni sampai nak bawa ke Kota Metropolitan yang sibuk bingit dan macam-macam ada. Habis, macam mana dengan disko dan kelab malam nanti?
Apa nasib The Zouk, Lorong Haji Taib, Genting Casino dan banyak premis lain tu nak hadap ramai yang akan menghafaz dan membaca Al-Quran? Intervensi Menteri Agama bawa Suara Tuhan ini masuk ke segenap hati manusia tak pelik, tapi pelik dia nak bawa masuk ke setiap pintu dan premis.
Terkini, beliau menggiatkan lagi Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) yang setiap tahun memperuntukkan RM7 juta. Dengan cara dia bekerja sekarang, tak mustahil SPH ini akan diperuntukkan RM7 bilion suatu hari nanti. Dah tu, ada pula Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).
Ingat ada Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Sekuriti Makanan Negara je. Tahfiz pun ada dasar? Memang Menteri Agama ni buat hal sungguh. Dia siap nak perkasakan lagi dasar tu secara lebih pesat dengan transformasi dirancangnya.
Nanti akan ada Tahfiz Dini, Tahfiz Turath, Tahfiz Sains dan Tahfiz TVET. Mereka ini akan dipastikan untuk mahir Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, selain wajiblah Bahasa Melayu kan. Nak bagi juga ada kemahiran pengurusan strategik di mana nanti ramailah mereka ini di universiti-universiti dan memenuhi pasaran kerja.
Jadinya nanti budak-budak berserban jubah tu meramai, kalau tak pun mereka pakai blazer jacket bertali leher sebagai teknokrat yang juga menghafaz al-Quran. Tepuk dahi la pula puak-puak Cauvinis roket bersama anak biak oren dan sekutu Pasukan Kelentong Ramai tu.
Kesungguhan dibuat Datuk Idris ini tidak mudah, tentu akan banyak halangan. Tetapi Quran sebagai dustur kaum Muslimin dan untuk manusia serta seluruh alam seluruhnya akan bergemilangan dan menjadi peneman di kediaman tujuh kaki dalam tanah dan bekal ke hari kebangkitan.
Kita tak mahu?
Comments
Post a Comment