Ismail sabri bakal dipecat jika tuntutan dari Mesyuarat biro politik tidak dipenuhi

 


MESYUARAT biro politik Umno kelmarin didakwa mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber, tiga daripada empat tuntutan itu ialah penyingkiran Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara serta mendapatkan Pengampunan Diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tuntutan lain ialah agar Pilihan Raya Umum diadakan segera.

Sumber itu berkata, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak boleh campur tangan dalam proses kehakiman.

“Perdana Menteri berpendapat, sebarang kenyataan tidak akan membantu meredakan suasana ketika ini.

“Ismail Sabri tidak mahu sistem kehakiman dan proses perundangan dicemari campur tangan parti,” katanya. – Malaysiapost

Comments