KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
BATALKAN KONSERT HEDONISME MELAMPAU, ATAU TERIMA BANTAHAN BESAR-BESARAN
25 OGOS 2022 | 27 MUHARRAM 1444H
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung. Masa yang tidak sesuai, nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.
Pihak kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan. NGO-NGO dan tenaga perseorangan yang prihatin dengan isu ini kita seru untuk bangkit bersama, jangan dibiarkan budaya hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat. Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana Putrajaya.
Jika ada saudara-saudara seagama yang berperanan sebagai penghalang usaha ini baik dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah.
Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Comments
Post a Comment