BAKAT MELAWAK RAJA BAHRIN SEMAKIN BAIK

Dalam tulisan terbaru Raja Bahrin di sebuah portal, beliau ada menyinggung Presiden PAS, TS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin. Ingat beliau kepada pembaca iaitu TS Muhyiddin adalah antara orang yang bertanggungjawab dalam mengemukakan janji-janji manifesto PH dan sekarang sudah melarikan diri ke PN. Lagi kata beliau, 22 bulan tidak cukup untuk PH membaiki kerosakan BN selama 60 tahun.


Kita layan isu ini dahulu. RB mungkin ingat orang akan menyalahkan individu apabila sesebuah pasukan itu tidak layak? Manchester United tidak akan dipanggil Harry Maguire, hanya kerana kesilapan dia bermain sebelum ini. Tetaplah pasukan MU yang dinamakan jika tidak layak ke pusingan mana-mana apabila kalah. Juga MU tidak boleh dipanggil Alex Ferguson, semata-mata dia yang banyak menyumbangkan kejuaraan. MU adalah MU. Ia berpasukan. Masuk keluar pemain, pengurus ialah hal biasa.
Sama dengan PH. Kesepakatan dalam menentukan manifesto, adalah tanggungjawab semua pihak dalam PH, bukan satu individu sahaja. Memastikan perlaksanaan manifesto itu berjalan juga, adalah kerja semua. Oleh itu, jika TS Muhyiddin keluar PH, tidak boleh disalahkan beliau seorang kerana PH gagal melaksanakan manifesto itu. PH gagal secara berkumpulan dan bukan TS penentu semua keputusan secara berseorangan. Ia adalah kolektif. Mana pimpinan PH yang lain yang bermesyuarat bersama-sama beliau, apa fungsi mereka?
Ketika RB menang kerusi Kuala Terengganu dahulu, tidaklah Kuala Terengganu itu dipanggil kerusi RB. Ia kekal dinamakan kerusi PAS. Dan sewaktu RB keluar PAS, kerusi itu dinamakan kerusi Pan, masih juga tidak dinamakan kerusi RB. Semua kakitangan yang PAS sediakan, meletakkan jawatan mereka, kerana mereka kepunyaan PAS, bukan RB. Atau RB masih tidak faham?
Kedua, sinis beliau kepada Presiden PAS, tidaklah lebih daripada sekadar lawak bekas Ahli Parlimen kalah sahaja. Bakat melawak beliau semakin hari, semakin terserlah. Mengambil isu RUU355 untuk menyerang Presiden PAS, ketika PH memerintah, RUU355 juga langsung tidak diendahkan, yang mana kononnya PH ada cadangan yang lebih baik. Sekarang kemajuan teknikal RUU355 telah berkembang, sebagaimana jawapan Menteri Agama beberapa hari lalu, berjalan mengikut prosesnya. Atau semenjak kalah, RB dah tak baca berita Parlimen ke sekarang?
Bagi isu pencuri yang mencuri di kawasan Parlimen Marang, kenyataan RB jelas mencapai piawai pelawak tersohor. Kes mencuri terjadi di mana-mana, pada bila-bila masa, tidak kira di tempat itu ada orang alim atau jahil. Di Parlimen Kuala Terengganu sewaktu RB menjadi AP juga ada terjadi. Pada zaman Rasulullah, berlaku kejadian zina yang diceritakan dalam hadis. Haruskah Rasulullah dipersalahkan? Kena pula baginda sendiri yang membawa hukuman hudud Allah. Jadi apalah sangat kecurian berlaku di Marang, kerana TG Presiden PAS, bukan nabi, sekadar menyambung dakwah.




Untuk makluman RB, mencuri, jika cukup semua bukti, keadaan dan syaratnya, maka ia wajib dijatuhkan hukum had dalam Islam, jika mampu. Begitu juga dalam undang-undang sivil. Masalah dia mencuri dua paket Milo atau sekampit beras atau apa-apa sekalipun, jika termasuk dalam syarat kesnya itu, dia mesti dihukum. Tiada bezanya dengan mencuri emas berkilo-kilo, tetap dipotong tangannya. Hatta Rasullah memberi amaran atas nama anak kesayangan baginda, jika mencuri. Ditambah lagi dia seorang penagih dadah dan sudah ada kes sebelum ini. Boleh untuk merasa kasihan, tetapi kasihan kita itu, tidak boleh menggantikan hukuman.
Apa yang RB nak sampaikan sebenarnya ni? Nak cakap hukuman kepada orang miskin kena, orang besar dibebaskan pada zaman PN? Lim Guan Eng dilepaskan dari pertuduhan oleh Peguam Negara, Anwar diampunkan, walaupun mahkamah dua kali menjatuhkan hukuman pada zaman PH. Ada berani cakap kat DAP dan PKR begitu? Haa, trylah, kita nak tengok. RB sendiri nampaknya bingung dengan hukuman dunia dan Allah, ada hati nak ajar ulamak. Pergi daftar masuk Maharaja Lawak lah RB, lawan Sepahtu, jangan lawan ulamak. Bakat lawak tahap dewa dah tu. Takpun, jadi badut, tiup belon, pusing-pusing Hilux, bagi kat budak-budak. Ada juga faedah bersedekah.
Mohd Nasir Abdullah
3 Ogos 2022

Comments