Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri terengganu, Datuk Seri
Ahmad Said menerima Mohamad Shapian Ali sebagai calon BN bagi DUN Seberang
Takir.
Malam tadi berucap di satu majlis ringkas, Ahmad yang juga Ketua
BN Terengganu berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Mohamad Shapian Ali
sebagai calon BN bagi DUN Seberang Takir.
"Saya menyeru kepada semua ahli UMNO di Seberang Takiri
memilih beliau sebagai wakil rakyat Seberang Takir," katanya dalam ucapan
ringkas.
Difahamkan selepas pengumuman itu, penyokong Razif telah
menghantar memorandum kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang
mahukan Razif dikekalkan sebagai ADUN Seberang Takir tanpa perlu digantikan
dengan mana-mana calon.
Perkara ini sekali lagi telah dibangkitkan pada Program
Pemantapan Kepimpinan 4 Peringkat DUN Seberang Takir di Port Dickson yang lalu.
Comments
Post a Comment