1. Apabila rebah tersungkur pada PRU 2018, siapa yang datang menghulur tangan membantu untuk bangkit kembali?
Apabila berlaku siri PRK Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tanjong Piai, Kimanis, PAS yang dikatakan lemah, tidak punyai ubat mujarab dan diperli sebagai 'walaun Presiden' inilah juga yang datang membantu dan memberi undi kemenangan bukan?
2. Apabila dapat kembali ke mercu kuasa Putrajaya tanpa PRU pada Mac 2020, bukankah atas sebab muafakat kerjasama 3 tonggak utama?
Kalau betul anti kepada katak pengkhianat, mengapa boleh pula sertai Kerajaan bersama sekalian 'pengkhianat' ketika Langkah Sheraton dibuat?
Ketika di awal proses pembentukan kerajaan negeri boleh bersama-sama berbincang pilih MB tetapi apabila putuskan bubar DUN pandai-pandai pula buat budi bicara sendiri.
3. Jadi, mengapa kini sudah mula angkuh lupa diri?
Sudah rasa kian gagah berkuasa, lebih mudah solo bersendiri tanpa perlu berkongsi?
Ada juga negeri seperti Terengganu dan Kelantan yang sudah awal-awal lagi isytihar putus hubungan dan mahu berlawan di semua kerusi.
Muafakat jenis gred apa gitu?
4. PAS mahu menjadi penghubung dan penyatu agar ummah terus berpadu tetapi dituduh pula PAS berpoligami, bermain 2 kolam, tamak, pengkhianat, gila talak, bahkan dihina sebagai 'pelacur' politik.
Seandainya PAS ini memang gila kuasa, harta dan takhta lebih baiklah PAS pilih jalan mudah, jadi pak turut sahaja dan anak tangga untuk dipijak orang lain yang memang kelihatannya tidak sabar untuk bangkit kembali menjadi Abang Long yang dominan kerana mereka menyangka kuasa dan kestabilan itu harta pusaka warisan turun-temurun milik peribadi kaum kroni kerabat mereka.
5. PAS boleh bernafas sehingga ke usia mencecah 70 tahun hari ini kerana kecekalan, kesetiaan serta istiqamah para pemimpin dan ahlinya terhadap agenda perjuangan walau jatuh dan rebah kalah berkali-kali tetapi tetap bangkit kembali.
Tetapi, ada yang pertama kali rebah sesak nafas kerana tidak pernah berasa hilang kuasa, terus pecah bahteranya dan hampir karam.
Ia hanya dapat bernafas semula apabila tongkat kuasa dapat dinikmati hasil kerjasama dengan rakan yang sedang dicaci-dihina saban hari ini.
6. Justeru, kepada yang sedang galak menuduh PAS sudah lupa diri, mabuk kuasa, kenyang dengan pangkat jawatan, lebih baiklah cermin diri sendiri kerana rekod jelas membuktikan pemimpin ulung kebanggaan parti mana yang sedang diheret di mahkamah atas deretan tuduhan salahguna kuasa dan rasuah?
Memang betul ke bela rakyat atau hakikatnya kenyangkan poket sendiri?
Malu apa bukan???
Comments
Post a Comment