Pemuda PAS Selangor mengutuk ucapan Isham Jalil (Ketua Penerangan BN Selangor) didalam satu program bersama UMNO Negeri Terengganu yang dilihat secara jelas BERBOHONG dan cuba memburukan PAS berikutan perbincangan dan tawar menawar berkaitan kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS – UMNO dalam PRN Johor.
Isham Jalil berbohong mengatakan Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) meminta 24 kerusi DUN Johor.
Bagaimana Isham Jalil mengetahui isi perundingan bagaikan beliau berada dalam perundingan tersebut?
Demikian rakyat boleh menilai sikap Isham Jalil yang seringkali berbohong. Apakah rakyat mungkin menaruh harapan dan kepercayaan pada pemimpin yang suka berbohong?
Isham Jalil menuduh PAS seakan tamak dan membohongi fakta dengan melibatkan nama Timbalan Presiden PAS, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikenali dengan sikap tenang dan bijak dalam berunding.
Ucapan beliau sama ada dalam program terbuka atau tertutup jelas menunjukan perangai “tikam belakang” sedangkan Muafakat Nasional masih wujud dan perlu kepada pemerkasaan dengan perbincangan rasmi dua hala oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
Ucapan “tikam menikam” serta “sindir menyindir” ini jelas bukan suasana yang baik untuk memastikan Muafakat Nasional terus diperkukuhkan.
Adakah Isham Jalil lupa di Selangor, UMNO sangat berhasrat kepada kerjasama dengan PAS malah Tan Sri Pengerusi UMNO Selangor berulang kali menyebutkan mahu terus memperkukuhkan MN di Selangor sehingga meminta Autonomi pada UMNO Pusat.
Namun sikap bodoh sombong Isham Jalil selaku Ketua Penerangan BN Selangor menunjukan sebaliknya.
Sikap sebegini yang sebenarnya hanya merosakkan agenda penyatuan ummah. Pelik sekali di Selangor Umno mahukan PAS bersama dalam MN. Tetapi di Negeri lain memilih untuk mengisytiharkan perang dengan PAS.
Pemuda PAS Selangor konsisten dengan agenda penyatuan ummah sebagaimana yang ditegaskan oleh Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS namun jangan dirosakkan oleh segelintir pimpinan Umno yang biadab. Hakikatnya yang merosakkan UMNO dari dalam itu sendiri.
Pemuda PAS Selangor akan bertindak tegas dan menjadi benteng hadapan dalam mempertahankan penyatuan ummah ini dan bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang kurang ajar dan cuba merosakkan agenda murni ini.
Pemuda PAS Selangor bersedia melaksanakan sebarang keputusan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS dan berdiri teguh bersama beliau.
Cuaca gelap semakin redup,Masakan boleh kembali terang,Budi bahasa amalan hidup,Barulah kekal dihormati orang.
Memacu Perpaduan
Demi Islam Sedia Berjuang
MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
Comments
Post a Comment