PETALING JAYA: DAP ternyata berang dengan tindakan PKR dan Amanah menerima dua bekas ahli Umno, menyebabkan pemimpin parti itu tidak hadir pada pengumuman calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka, hari ini.
“Bagaimana kami hendak hadir sedangkan mereka (PKR dan Amanah) menerima mereka berdua? Ada rasa tidak gembira dengan keputusan parti itu. Sebab itu kami tidak hadir,” kata pemimpin DAP.
Menurut sumber, ia merujuk kepada pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bahawa dua bekas ADUN Umno, Idris Haron dan Nor Azman Hassan akan bertanding di DUN Asahan serta Pantai Kundor, menggunakan logo PH.
Kelmarin Majlis pengumuman calon hari ini hanya dihadiri Anwar yang juga Presiden PKR dan rakan sejawatannya dari Amanah, Mohamad Sabu. Kelibat pemimpin DAP langsung tidak kelihatan.
Beberapa pemimpin utama DAP lantang menentang penerimaan Idris, Nor Azman dan dua ADUN lain iaitu Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.
Menurut Setiausaha Agung DAP, “Malangnya, DAP sebelum ini telah kalah dari segi undian oleh PKR dan Amanah. Oleh itu, kami terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi perpaduan pakatan.
“Bagaimanapun, ini tidak bermakna keputusan majoriti yang dibuat sebelum ini adalah betul,” katanya dalam satu kenyataan awal minggu ini.
Comments
Post a Comment