Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyerang Presiden Amanah Mohamad
Sabu, menuduh beliau mahu Pakatan Harapan meletakkan empat Adun itu sebagai
calon PRN yang akan datang ini.
Rafizi juga turut mempersoalkan
sikap berdiam diri pemimpin Amanah berhubung isu tersebut sedangkan parti
itulah yang mahu PH menerima empat Adun tersebut.
“Diluar mereka senyap kerana sudah
jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab diluar,” kata
Rafizi.
Empat Adun yang mencetuskan
pembubaran DUN Melaka tersebut termasuk Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman
Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan
Baktee (Pengkalan Batu).
Dalam pada itu, ada dikalangan
pemimpin DAP telah memberi amaran penyokong akan menghukum PH jika gabungan itu
menerima keempat-empat Adun tersebut.
“Saya telah katakan sebelum ini
bahawa PH tidak boleh menerima empat orang Adun tersebut, dan dalam masa yang
sama mendesak undang-undang anti-lompat parti diwujudkan selaras memorandum
persefahaman yang ditandatangani dengan kerajaan baru-baru ini, kerana tindakan
itu tidak selari,” katanya.
Comments
Post a Comment