UMNO sebenarnya mengharapkan model kerjasama di Perak akan dapat dilaksanakan di peringkat pusat tetapi kerajaan utama mestilah diterajui parti tersebut, ia sama seperti di Perak.
Bagaimanapun, timbul rasa kurang senang kerana kumpulan UMNO yang akan menguasai jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan nanti akan terdiri daripada golongan kleptokrat, mereka ini juga yang sedang menyusun gerakan sama untuk menjatuhkan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin.
Tingkahlaku dan tindak-tanduk strategi politik yang dicatur oleh Zahid bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan wujud usaha mereka ke arah untuk menerajui semula pentadbiran kerajaan.
Kedua-dua mereka yang berdepan kes mahkamah dan sudah kesuntukan masa tidak mempunyai pilihan, hanya dengan jawatan tertinggi dalam kerajaan dapat melepaskan mereka berdua daripada pertuduhan jenayah dan salah guna kuasa dihadapi mereka.
Anwar perlu sedar, Zahid dan Najib sudah tidak mempercayainya untuk membantu menyelesaikan kes mahkamah dihadapi mereka apabila DAP tidak ada memberi komitmen yang konkrit ke arah pembebasan mereka jika berjaya menumbangkan kerajaan Muhyiddin.
Jadi, tidak hairan mengapa terdapat usaha menerusi gerakan kumpulan berkecuali seperti pertubuhan bukan kerajaan untuk mendesak Najib menjadi PM semula.
Jangan pandang rendah kepada kehebatan Najib yang sudah mendapat semula wang sitaan RM114 juta yang dipulangkan, banyak perkara beliau lakukan dengan wang sebanyak itu kerana baginya survival politik lebih penting dan tirai besi bukan pilihan baginya.-AD
Comments
Post a Comment