PERIKATAN NASIONAL ADALAH FORMULA GABUNGAN YANG TERBAIK

 


3 parti Melayu terbesar yang mampu dan berpotensi menyelamatkan negara ialah Umno Pas dan Bersatu. Gabungan ini dilihat oleh ramai pengalisis politik dalam dan luar negara sebagai gabungan paling mantap yang pernah wujud.
Perancangan kepada gabungan ini telah direalisasikan dengan baik. Namun kerana beberapa perkara kecil yang melibatkan individu-individu tertentu maka ianya seolah terhenti. Belum berpecah tetapi tidak digabungkan dengan baik. Adat dalam perhubungan ada waktu manis dan pahitnya. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Majoriti rakyat Malaysia masih percaya gabungan ini akan kembali 'on track' sebelum pru15 nanti. Istimewanya bukan hanya orang Melayu dan Islam sahaja menyokong gabungan ini, ramai dari kalangan bukan Melayu dan Islam yang menyokong dan mengharapkan supaya pertelingkahan yang berlaku diselesaikan dengan cepat. Mereka yakin penyatuan ini mampu membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara.
So tugas kita untuk merealisasikan impian Rakyat Malaysia. Jangan peduli mereka yang tegar berpolitik hangit. Biarkan mereka tenggelam dengan labu-labunya. Kita sebagai rakyat yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik mesti berganding bahu bersama beriktikad dan berazam membenteras covid19 dan membangun negara yang Kita cintai.
Air dicincang tak kan putus.

Comments