Muhyiddin bukan sahaja berkelayakan dari sudut pengalaman bahkan juga keperibadian sebagai seorang pemimpin yang berintegriti, tidak tamak pada jawatan adalah kekuatan Perdana Menteri ke-8 itu.
“Insiden Tan Sri dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Presiden UMNO semasa pentadbiran Barisan Nasional berikutan pendirian tegasnya dan berani menentang arus demi kepentingan parti juga satu kriteria penting keperibadian beliau.
Ketegasan beliau itu sudah menunjukkan keberanian, kejujuran beliau menyelesaikan masalah, mencungkil rahsia tanpa memikirkan akibatnya terhadap diri sendiri dan jawatan yang dipegangnya ... itu adalah manifestasi paling mudah bahawa beliau tidak tamak memegang jawatan, tidak tamak menyelamatkan jawatan sebagai TPM dengan hanya berdiam.
Comments
Post a Comment