'LETAK JAWATAN, KETUA PEMBANGKANG'

 


Kebelakangan ini rata-rata Ketua AMANAH dibeberapa Kawasan, menyarankan Dato Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan.

Saranan perkara itu susulan cadangan AMANAH Bukit Bintang mendesak kepimpinan AMANAH dan parti-parti pembangkang yang lain mengambil ketetapan agar mewujudkan semula Pakatan Harapan (PH) Plus dan melantik Pengerusi PH Plus yang baharu. 

"Ingat Ketua Pembangkang sekarang ini sudah tiada lagi idea yang baharu untuk membawa hala tuju Pakatan Harapan yang lebih dinamik. Sebaliknya suasana yang berlaku baru-baru ini lebih melihatkan Pakatan harapan menjadi barang taruhan untuk kepentingan peribadi sahaja. Sedangkan tiada untuk kepentingan Rakyat"

"Saya setuju cadangan AMANAH Bukit Bintang dengan mewujudkan semula Pakatan Harapan (PH) Plus."



Comments