Nama YB Mohamad Sabu adalah antara pemimpin yang disebut-sebut untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.
Namun, tidak kurang pula ada yang tidak bersetuju jika Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas alasan beliau dilihat hanya mewakili negeri Sabah dan bukan seluruh negara.
Rata-rata penyokong Pakatan Harapan melihat beliau Mohamad Sabu perlu membawa perwatakan ‘nasional’ jika mahu diterima semua pimpinan pembangkang dan rakyat secara keseluruhannya.
“Netizen melihat ada sedikit kekurangan dari Mohamad Sabu ialah beliau dilihat sebagai pemimpin yang mewakili Amanah tunduk kepada kehendak DAP. Kalau dilihat dalam PRU yang lalu, perjuangan beliau membawa kepada kepentingan DAP sahaja.
“Jadi untuk memimpin di peringkat nasional , Mohamad Sabu perlu lebih menunjukkan pembawaan nasionalnya, iaitu parti yang dibawanya, Amanah perlu menjadi sebuah parti diterima seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di kalangan bukan Melayu"
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengkaji dan menimbang cadangan-cadangan dikemukakan pemimpin gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk desakan sesetengah pihak agar Ketua Pembangkang itu letak jawatan.
Pada masa sama, penampilan muka-muka baharu dalam pimpinan PH mampu mengembalikan keyakinan terhadap gabungan parti itu.
Comments
Post a Comment