Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan tujuh tawaran kepada blok pembangkang untuk mengembalikan kestabilan politik negara dan menegaskan tidak akan membiarkan kleptokrat kembali menguasai tampuk kuasa.
Muhyiddin berkata cadangan tersebut bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.
“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.
“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” katanya semasa sidang media khas yang disiar secara langsung.-AGENDA DAILY
Comments
Post a Comment