Anwar dan PH
sudah mula risau mereka tidak akan menang semasa undian di Parlimen jadi mereka
mula buat cerita kencing kononnya ada tawaran dari pihak kerajaan agar mereka
kekal relevan.
Memang semua orang tahu Anwar buat macam mana pun dia tetap tidak cukup kerusi melainkan semua MP UMNO pergi kepada mereka.
Sekarang dengan 10 orang geng kluster mahkamah berpihak kepada mereka, mereka mula risau akan ada MP dari block pembangkang yg lain seperti Pejuang, Warisan, DAP dan PKR yang selama ini melawan keras geng kluster mahkamah akan menyokong Kerajaan PN untuk mengelakkan geng kluster mahkamah berkuasa semula.
Ini bukan soal jual beli tetapi soal prinsip. PM telah nyatakan bagaimana prinsip tidak akan mencampuri urusan mahkamah, MP BN kekal dengan prinsip mereka bersama kerajaan PN, majoriti MP UMNO kekal dengan prinsip No ANWAR, No DAP dan kerajaan PN akan terus berkerja menangani krisis Covid-19.
Bagaimana pula dengan Prinsip PH? Asalkan Anwar PM dan PH berkuasa kes-kes mahkamah yang selama ini mereka perjuangkan akan di lepaskan? Kes Covid-19 akan selesai tanpa sebarang cadangan penyelesaian?
Mencari salah kerajaan memang mudah bagi Anwar dan PH. Kita dapat lihat semasa 22 bulan mereka memerintah, Manifesto yg mereka janjikan semasa PRU pun tidak tercapai apatah lagi hendak menyelesaikan masalah global Pandemik Covid-19.
Kesimpulannya, janganlah tertipu lagi dengan permainan mereka. Mereka akan sentiasa mencari 1001 cara untuk mereka berkuasa kembali. Rancangan utama mereka hanyalah untuk mengurangkan majoriti parti Melayu dalam parlimen dan memecah belahkan penyatuan yang wujud dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Kredit: Syarul Ema Rena

Comments
Post a Comment